Monday, April 18, 2011

Kesetiaan melayu

Kesan dari pilihanraya Sarawak teransang juga saya hendak mengulas apa yang terjadi dari pandangan saya sendiri.

Melihat kepada perkumpulan yang datang mendengar ceramah yang dianjurkan oleh PR terasa seperti akan berkubur pemerentahan BN di Sarawak nanti. Keputusan yang diperolehi jauh menyimpang PR tidak mampu mengkuburkan BN di Sarawak malah mendapat 2/3 pun masih jauh lagi.

Kesan dari keputusan pilihanraya itu saya dapat lihat bahawa masyarakat cina telah beralih arah kepada pembangkang (DAP). Masyarakat cina telah melakukan revolusi kepimpinan yang selama ini berpihak kepada BN.

Masyarakat cina lebih percayakan pembangkang dari pemerentah sekarang atas alasan yang berbagai. Masyarakat cina lebih kedepan dalam menentukan hala tuju dalam pembangunan masyarakat mereka.

Keputusan peralihan masyarakat cina kepada pembangkang kini dapat dilihat merebak sehingga ke Sarawak. Amat jelas perubahan yang berlaku di Sarawak ini memberi gambaran bahawa masyarakat cina di Malaysia lebih gembira dengan corak pentadbiran sesebuah negeri yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang (DAP).

BN seperti kata Awang Selamat tidak perlu lagi bergantung kepada undi dari masyarakat cina lagi kerana masyarakat cina telah beralih arah kepada pembangkang. Tidak perlu lagi menganggap undi masyarakat cina dapat membantu sokongan BN. BN harus berdiri dengan undi melayu yang masih lagi setia dengan BN.

Bagaimana dengan masyarakat melayu yang masih menyokong BN. Kenapa tidak ada revolusi dari masyarakat melayu. Apakah melayu selesa dengan pemerentahan BN selama ini khususnya UMNO. Apakah masyarakat melayu tidak tahu kenapa masyarakat cina memilih pembangkang. Pendapat saya mustahil msyarakat melayu tidak tahu atau faham kenapa masyarakat cina memilih pembangkang. Telah jelas lagi tersuluh kenapa masyarakat cina condong kepada pembangkang.

Sya memilih satu sebab disini kenapa masyarakat cina memilih pembangkang sebagai pentadbir politik kepada mereka. Sangat jelas pemerentahan yang adil dan memberi kebaikan sama rata. Tidak ada pilih kasih dan pilih keturunan. Walau bukan melayu yang memerentah tapi semua masyarakat mendapat secara sama rata. Pentadbiran ini menunjukan seolah tidak ada tuan dinegara ini. Tidak ada keistimewaan melampau dalam pengagihan kekayaan negeri.

Begitulah harapan masyarakat cina agar negara ini diperintah. Pengagihan kekayaan yang sama rata dan mengurus kekayaan negara dengan amanah. Pemerentahan begini belum berlaku dalam negara kita. Kita hanya dapat melihat dipraktikkan pentadbiran beberapa buah negeri sahaja itu pun yang diperintah oleh PR.

Masyarakat cina telah melihat semua ini. Mereka telah membuat keputusan seperti berlaku disemenanjung dan Sarawak. Mereka menzahirkan sokongan mereka dengan mengundi PR.

Bagaimana dengan masyarakat melayu. Kenapa tidak ada peruahan kepada masyarakat melayu seperti berlaku kepada masyarakat cina. Apakah melayu selesa dengan pemerentahan BN atau UMNO. Saya tidak dapat melihat pemilihan masyarakat melayu seperti masyarakat cina pilih. Sebab yang munasabah dengan pendedahan yang dilakukan oleh PR.

Kenapa masyarakat melayu di Kelantan mempunyai pandangan yang berbeza. Kenapa mereka tidak memmilih pemerentahan BN mentadbir kekayaan Kelantan. Difahamkan Kelantan juga mempunyai kekayaan berbilion ringgit cuma tidak disalurkan kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri adalah pembangkang.

Kenapa masyarakat Kelantan masih memilih kerajaan pembangkang walau berada dalam situasi daif mengagihkan kekayaan negeri. Pendapat saya pandangan masyarakat melayu di Kelantan sama dengan pandangan masyarakat cina diseluruh Malaysia amnya (berdasarkan keputusan pilihanraya).

Kenapa hanya masyarakat melayu di Kelantan dan masyarakat cina seluruh Malaysia sahaja menyokong dan gembira dengan pemerentahan PR. Kenapa masyarakat melayu seluruh Malaysia amnya masih tidak menyokong pembangkang. Apakah masyarakat melayu amnya suka dengan cara pemerentahan PR atau masyarakat melayu mempunyai sebab lain dalam menentukan pemerentah.

Melihat kepada sejarah melayu kita sering mendengar bahawa melayu setia kepada raja yang memerentah. Sebagaimana sejarah Hang Tuah yang menunjukan betapa setianya Hang Tuah walau beliau tahu raja melakukan kezaliman.

Apakah melayu mendedahkan kesetiaan mereka tetap setia walau derita menanggung kezaliman raja. Apakah melayu masih mempunyai semangat petriotik menyanjung raja walau apa sikap raja. Boleh dibandingkan melayu Kelantan sebagai Hang Jebat yang tidak sanggup melihat Hang Tuah diperlakukan sewenangnya oleh raja yang zalim sehingga sanggup menderhaka. Sanggup mati ditangan sahabat karib. Sanggup digelar penderhaka dan sanggup dibiar dalam kesusahan kerana dipulau masyarakat yang setia kepada raja.

Darah melayu masih gagah menjunjung setia kepada pemerentah walau tahu masyarakat tertinggal dari kemajuan sebenar. Kekayaan negara diagihkan tidak sama rata. Melayu selesa dengan kesetiaan yang menggunung kepada raja yang memerentah.

Bila masyarakat melayu akan sedar bahawa mereka perlu menggunakan logik dalam menentukan hak mereka sebagai rakyat. Hanya melayu sahaja sekarang masih menjunjung setia dari hak mereka sebagai rakyat. Masih tidak mahu berfikir menjaga hak mereka sebagai rakyat. Lena dengan semangat petriotik (kononnya) setia dengan yang asal.

Kemana melayu selepas ini. Hanya tinggal melayu masih tidak menunjukkan kemajuan dalam corak memilih pemerentah.

Saya cadangkan masyarakat melayu mengubah corak memilih pemimpin. Tidak semestinya meninggalkan BN menunjukkan kemajuan dalam memilih pemimpin. Cuma masyarakat melayu mengubah sebab memilih pemimpin.

No comments:

Post a Comment