Kalau kita nak marahkan orang tentu banyak perkara buruk yang kita fikirkan untuk dijadikan bahan cemuhan. Fikiran kita akan berkisar tentang perkara perkara jahat yang dilakukan oleh orang yang kita marah itu.
Begitu juga jika kita nak memberitahu orang bahawa orang ini melakukan banyak kejahatan tentu kita akan mengumpul maklumat kejahatan yang mereka lakukan. Jika maklumat itu tidak cukup atau kurang menyengat kita akan menambah dan memberi gambaran seolah olah kejahatan ini adalah dari perbuatan meraka ini.
Beberapa hujahan yang kita kumpul itu akan kita suarakan beberapa kali untuk dilihat benarlah kejahatan ini dilakukan oleh mereka ini.
Walaupun kita sedar bahawa dalam kejahatan yang mereka lakukan ada banyak juga kebaikan yang meraka lakukan dan kita tahu bahawa tugas mereka sebenarnya adalah lebih baik dari tugas yang kita pernah lakukan dahulu.
Walau pun kelakuan yang meraka lakukan itu tidaklah buruk sebenarnya tetapi bila kita yang memberitahu gambaran itu kelihatan sebagai buruk. Maka buruklah peristiwa itu dan buruklah kelakuan mereka ini.
Kita tidak lagi melihat kepada kebaikan yang mereka buat, kita hanya mebincangkan keburukan yang mereka lakukan yang mana kalau dikira lebih baik buruk mereka sekarang kalau dibandingkan buruk yang kita lakukan sewaktu kita menjalankan tugas seperti mereka lakukan sekarang.
Adakah kita sebenarnya memberitahu kepincangan tugas mereka atau kita sedang memburukkan mereka kerana kita tidak lagi diberi tugas itu. Dengkikah kita dengan kejayaan yang meraka lakukan adalah lebih banyak dari apa yang pernah kita lakukan dulu.
Menilailah kembali diri kita sebelum memberitahu keburukan ( kononnya ) kepada khalayak.
No comments:
Post a Comment