Sekarang rakyat berdepan dengan agensi kerajaan untuk mendapat kebenaan. Entah kenapa kerajaan bertindak sebagai pembangkang kepada rakyat. Banyak perkara yang dilakukan ileh kerajaan memberi kesukaran kepada rakyat.
Paling teruk pengendalian wang rakyat. Terbaru menggunakan wang rakyat dengan cara halus. Ramai rakyat tidak sedar dan perasan bahawa wang rakyat akan mengalir kepada satu tabung yang hanya individu sahaja berhak keatas duit itu.
Rakyat tidak sedar begaimana wang itu disalurkan kepada satu tabung lain yang akan memberi keuntungan kepada individu. Sangat licik bagaimana pengurusan wang rakyat dilakukan untuk memberi keuntungan kepada sesaorang.
Sangat malang wang rakyat dihabiskan begitu saja tanpa memikirkan amanah yang diberikan adalah untuk kesejahteraan rakyat. Sekarang wang rakyat dibazirkan dengan kegiatan yang memberi kerugian dan tidak dimanfaatkan secara keseluruhan kepada rakyat.
Saya kesal bagaimana mereka ini boleh terfikir untuk menggunakan wang rakyat sebegitu rupa tanpa memikirkan kesusahan rakyat untuk hidup seharian. Bagaimana rakyat berjuang untuk mendapat nafkah untuk diberi kepada keluarga.
Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan kerajaan untuk keselesaan hidup. Tidak sedarkah bahawa setiap sen yang mereka uruskan wang rakyat adalah satu amanah. Rakyat mengharapkan ketelusan kerajaan untuk membahagikan kekayaan negara dengan adil dan sama rata.
Kalau beginilah cara mereka menguruskan dana rakyat sampai bila pun rakyat tidak akan mengecapi kemewahan hidup dinegara sendiri. Sampai bila rakyat akan meresa kemewahan kehidupan seperti negara maju sekarang.
Sesiapa pun yakin Malaysia mampu berada seganding dengan negara maju kerana Malaysia mempunyai kekayaan melimpah. Kemewahan itu hanya angan angan sahaja kerana kebanyakan kekayaan yang negara perolehi masuk dalam poket gerombolan tertentu saja.
Malang sekali Malaysia diperentah oleh kerajaan yan pelahapkan duit dan kemewahan. Tidak mengambil kira nasib rakyat hanya kekeyangan perut sendiri diambil keutamaan. Biar apa sahaja perbelanjaan yang dibuat mesti ada bahagian untuk gerombolan mereka. Kayakan dulu gerombolan mereka baru fikirkan berapa banyak yang rakyat akan dapat.
Jahat dan bacul. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk orang seperti ini.
No comments:
Post a Comment