Peranan politik dalam Malaysia masa kini adalah satu pengajian kepada anak muda. Walau anak muda tida mempelajari di universiti untuk faham dengan corak pengurusan politik Malaysia, untuk memahami tidaklah perkara susah.
Dimana mana saja anak muda dapat mempelajari kerana pengurusan politik adalah melibatkan masyarakat. Anal muda akan mempelajari dengan mudah kerana sering melihat dimedia dan peranan ahli politik menguruskan negara.
Bagaimana pelajaran yang anak muda pelajari pengurusan politik menjadi persoalan kita. Anak muda akan mempelajari dengan apa yang mereka lihat dan penglibatan mereka dengan ahli politik sekarang. Mereka mempelajari bagaimana ali politik menguruskan selok belok politik untuk memenuhi agenda mereka.
Samada pengurusan politik yag dilihat pengurusan yang sihat atau tidak. Dari sinilah anak muda akan menggunakan pemikiran mereka kerana meeka melihat bahawa pengurusan politik sebegini dipraktikkan di negara kita.
Jika pengurusan menggunakan tektik pengurusan secara gelap dan kotor maka anak muda akan faham bahawa pengamalan politik begini terpakai di negara kita. Kalau politik sekarang mengamalkan politik secara tidak sihat tidak mustahil anak muda sebagai pelapis akan menggandakan pengurusan politik secara kotor ini.
Kita lihatlah sekarang ramai anak muda tidak segan melakukan pengurusan politik yang lebih resis dari pengurusan politik sekarang. Anak muda tidak rasa takut dan bersalah kerana fokus mereka untuk menang dan mendapat perhatian senior.
Kedepan pengurusan begini akan menjadi lebih ekstrem dengan lebih ramai anak muda yang tidak mengambil kira keharmonian berpolitik. Mereka menumpukan kepada kemenangan dengan apa cara sekalipun. Memenangkan parti dengan apa cara sekalipun menjadi moto perjuangan mereka tanpa melihat kepada hukum atau keharmonian berpolitik.
No comments:
Post a Comment