Saturday, April 23, 2011

PDRM tidak lagi mengintip

Syabas PDRM kerana berani menampilkan diri dalam menegakkan keadilan. Menampilkan diri memmastikan rakyat sentiasa mematuhi undang undang. Sikap ini kita perlukan dari PDRM sejak lama dulu. Rakyat akan rasa puas hati kerana kesalahan mereka adalah kesalahan yang sememangnya mereka lakukan.

Sikap PDRM tidak lagi bersembunyi dalam memastikan pemandu kenderaan mematuhi undang undang jalan raya amat dialukan. Sikap ini akan memberi kesedaran kepada pemandu bahawa mereka sedang diperhatikan bukan diintai.

Mereka tahu polis sedang membuat pantauan disiplin mereka secara terangan. Pemandu juga tahu bahawa kehadiran polis bukan lagi secara sembunyi. Pemandu tahu bahawa mereka ditinjau pemanduan mereka agar mematuhi undang undang.

Harap PDRM perbanyakkan lagi pembaharuan seperti ini agar rakyat merasa puas hati jika disaman. Rakyat akan merasakan PDRM sentiasa berada bersama rakyat dalam membenteras kesalahan dan jenayah.

No comments:

Post a Comment