Thursday, April 21, 2011

Salah menghukum

Sebab itulah TG Nik Aziz tidak menerima pendedahan video memfitnah DS Anuar melakukan zina. Ini semua kerana video itu tidak boleh dijadikan barang bukti kerana dalam Islam bukti adalah 4 orang saksi beriman kepada Allah yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan yang dilakukan.

Orang yang mendakwa itu akan disiasat dahulu dan disahkah sebagai seorang yang benar benar beriman kepada Allah dan seorang yang boleh dipercayai.

Dalam kes DS Anuar ini amat jauh sekali untuk menggunakan bahan bukti yang dipertontonkan kepada orang ramai sebagai pendedahan perlakuan zina.

Pembawa rakaman video ini sepatutnya didakwa kerana mendakwa dan memfitnah dengan bukti yang tidak dapat diterima Islam. Orang ini ternyata tidak tahu hukum Islam malah mungkin jahil dengan pendakwaan dalam perundangan Islam.

Amat malang dengan apa yang berlaku kerana Malaysia mengambil kira pendedahan ini sebagai alat mendakwa sesaorang melakukan perbuatan yang salah. Walau diisytihar sebagai negara Islam namun perundangan yang diambil kira tidak melambangkan sebagai negara yang menjunjung perundangan Islam sebenar dan sepatutnya.

Perlu ada tranformasi pemahaman perundangan Islam di negara kita terutama kerajaan yang memerentah kini. Berharap dimasa depan tidak lagi perbuatan yang memalukan kerana tidak tahu hukum bertindak seolah ianya berpatutan untuk di lakukan.

No comments:

Post a Comment