Sebelum saya baca dalam pos yang biasa saya baca, saya melawat satu pos penyokong UMNO. Ayat memang dasyat tak ada sopan lansung. Memang kaki hamun dia ni.
Dalam pos dia saya perhatikan dia mencadangkan disiarkan keseluruhan video tentang Anuar terlibat dengan pelacur. Dia marah kerana video yang disiarkan dulu tidak mendapat sokongan penuh dari rakyat malah banyak bantahan menyatakan pelakon itu bukan Anuar.
Selepas saya membaca pos dia, saya melangkah ke pos yang biasa saya baca. Ayat yang digunakan agak sopan walau bahasa dia keras. Saya masih berminat membacanya kerana ia memberi saya satu sudut pandang yang lain untuk saya bandingkan dengan berita yang melambak disekitar saya.
Nak cari cerita tentang kerajaan bukan susah merata rata ada. Saya tidak sukar mendapat berita tentang kerajaan tambanhan kalau kerajaan melancarkan program.
Apa yang menarik perhatian saya adalah pos penyokong UMNO seolah olah tahu satu petikan video akan keluar. Cadangan yang dia buat itu memang dia dah tahu akan ada satu petikan video baru akan dikeluarkan di youtube.
Malangnya saya tidak kesempatan melihat. Sekadar gambar dari pos yang saya lawati. Namun gambar yang dipaparkan itu sekali lihat dah dapat tahu bahawa pelakon itu bukan Anuar seperti diberitahu. Aklau diteliti lama lama memang jelas lelak itu bukan Anuar.
Saya juga hairan kenapa petikan itu disiarkan kerana ianya jelas bukan Anuar. Saya tidak tahu kalau ada yang meliat ianya adalah Anuar. Walau tidak pernak mendekati Anuar tapi saya selalu melihat gambar dan video ceramah beliau amat yakin dengan tubuh badan itu bukan Anuar.
Sememangnya bukan Anuar...
No comments:
Post a Comment