gambar ehsan dari Harian Metro
Kesihan pelajar ini yang dipukul seorang guru kerana disyaki mencuri. Mungkin pelajar ini tidak mengaku mencuri menyebabkan guru terus mendenda dia. Melihat kepada gambar yang disiarkan dalam akhbar teruk sekali budak ini dipukul.
Saya tak dapat bayangkan pelajar ini dipukul sampai berdarah muka dan lebam kebanyakan bahagian badan. Bagaimana agaknya guru terbabit memukul pelajar ini sehingga koma. Nampak macam guru ini melepas geram kepada pelajar ini.
Biasanya hukum mencuri tidaklah sampai mencedera badan dan kelihatan pelajar ini didera launya. Apalah malangnya pelajar seumur ini memahami tindakan yang sebegini adalah hukuman akibat mencuri.
Guru ini mengikut perasaan atau tidak dapat mengawal perasaan dengan waras bertindak sebagai guru disiplin. Tindakan kepada pelajar ini memberi satu gambaran tidak sihat kepada guru agama yang mengajar dan mendidik peradaban Islam agar menjadi manusia baik.
Guru ini perlu diperiksa tahap pemikiran beliau kerana tindakan yang diambil melampaui batas mendidik pelajar yang berumur tujuh tahun. Menjadi pengajaran kepada guru guru lain dalam menangani disiplin pelajar.
Kita juga faham bukan mudah menjaga disiplin pelajar kecil kerana mereka dalam mud bermain dan masih nakal. Mereka tidak boleh dipersalahkan apa lagi tindakan disiplin yang diambil begitu keras seperti yang berlaku.
Apa yang penting adalah keterbukaan kita dalam menangani pelajar ini agar tidak melampaui batas susila dalam ajaran Islam. Guru patut tahu batasan dalam mendisiplinkan pelajar kerana pelajar ini tidak tahu secara mendalam kenapa kita mengawai mereka dengan disiplin. Bagi mereka ini hanya menyekat kebebasan mereka. Kita kena faham pelajar seumur ini lebih banyak bermain dari menumpukan kepada pelajaran.
Kawalan yang kita patut buat adalah dalam bermain mereka dapat pelajaran. Pelajar seumur ini tidak mampu berkelakuan seperti pelajar IPT. Mereka tidak mampu mentelaah pelajaran sepenuh masa. Sifat mereka bermain masih belum habis lagi. Mereka ini masih membesar dan banyak masa dalam kehidupan mereka masa ini dengan bermain. Kita sebagai guru harus bijak mengambil peluang dengan sifat mereka menyerapkan pelajaran, bermain dan disiplin secara serentak.
Kalau dilihat kepada tindakan guru ini dapat saya simpulkan bahawa guru yang memegang jawata sebagai guru disiplin atau guru warden mestilah menjalani kursus khas bagi mengelak tindakan yang dibuat diluar batasan.
No comments:
Post a Comment