Friday, April 22, 2011

Berani berubah

Kalau terlalu banyak sangat perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang tentang kerajaan menyalah guna kuasa, rakyat perlu menilai sendiri dengan sirius dan berani.

Saya mencadangkan rakyat cuba memberi satu peluang kepada pembangkang menjalankan tugas mereka mendedahkan kepincangan kerajaan sekarang dalam menjalankan tugas mereka.

Rakyat perlu berani membuat perhitungan dengan membuka peluang pembangkang menunjukan kebenaran mereka bahawa apa yang mereka katakan selama ini adalah satu kebenaran.

Kalau pembangkang tidak dapat membenarkan kata kata mereka rakyat masih ada peluang untuk menghukum pembangkang dengan menyerahkan kembali kuasa kerajaan kepada kerajaan sekarang.

Rakyat perlu berani bertindak kerana rakyat sekarang adalah rakyat yang mempunyak pemikiran yang lebih tinggi dari rakyat zaman dulu. Rakyat sekarang perlu lebih berani menyatakan pendirian bahawa rakyat berhak mendapatkan kebenaran dengan cara yang paling perit untuk parti politik kerana rakyat bangkit dengan kesedaran dan kebijaksanaan.

Lakukanlah dengan berani dan berhemah. Tukar kerajaan sementara masih tidak terlambat. Jika benar kerajaan sekarang melakukan kejahatan ia akan berkubur dari arena politik tanah air.

Ubahlah budaya politik kita. Beranilah dalam menyatakan sokongan kita kepada kebaikan untuk rakyat Malaysia bersama.

No comments:

Post a Comment