Sunday, April 24, 2011

Terbuka dan bersedia

Ada yang marah apabila Hadi dikritik kerana corak pentadbirannya tidak lagi menampakkan kekuatan kepada PAS. Kenapa perlu dimarah kepada orang yang mengkritik. Mereka bukan berniat jahat tapi pandangan mereka kearah kebaikan parti.

Kalau kritikan ini menjadi isu yang besar bermakna presiden tidak lagi boleh dikritik dan diberi pandangan secara terbuka. Takut kepada pihak lawan menggunakan isu ini sebagai alat memecah belah parti.

Saya tidak nampak perkara ini akan menjadi besar kerana jika Hadi menerima dengan hati terbuka dan jawapan yang diberi adalah munasabah. Mengapa takut dikritik sedangkan PAS adalah parti terbuka.

Kenapa ada yang terasa hati dengan cakapan meminta presiden bersedia untuk ditentang. Kenapa jawatan lain boleh dipertandingkan sedangkan presiden juga merupakan jawatan boleh dipertandingkan.

Saya bimbang dengan masa depan PAS jika jawatan presiden ahli tidak gembira jika dipertandingkan. Ini akan kelihatan seperti UMNO sekarang. UMNO jawatan presiden tidak dipertandingkan sehingga ada desakan atau presiden menarik diri.

Tidak mungkin PAS berpandangan begitu. Apa masalahnya dengan pertandingan bersih demi memajukan parti. Kalau menang menanglah tapi kalau kalah juga tidak menjadi perkara besar kerana kita berjuang untuk Islam agama Allah. Kenapa takut dengan tentangan. Sentiasa bersedia dan bersifat terbukalah dengan jawatan yang kita pegang.

PAS buka seperti UMNO perebutan jawatan dalam parti melibatkan wang. Berhemahlah dalam memegang jawatan kerana kita berdepan dengan Allah taala dalam menjalankan tugas didunia.

No comments:

Post a Comment