Kenapa perlu dipertikaikan dengan cadangan jawatan presiden dipertandingkan untuk memberi ruang kepada ahli PAS memilih presiden yang lebih berkeliber dan mempunyai kekuatan membawa PAS kedepan.
Kita mencanang parti kita adalah parti terbuka. Menerima cadangan selagi ianya tidak membelakangi hukum. Walau presiden sekarang tidak membelakangi hukum, itu bukan suatu keselesaan kepada parti untuk meneruskan dengan agenda presiden sekarang.
Parti perlu mengambil kira kekuatan yang hendak dibawa untuk keyakinan rakyat. Bukan menuduh presiden sekarang tidak proaktif dengan gerak kerja parti tetapi kita perlu melihat satu keterbukaan dalam menangani persaingan dengan parti lawan.
Perubahan pucuk pimpinan bukanlah satu tanda bahawa parti itu menggambar kemerosotan ketahanan kepimpinan. Ia memberi keyakinan kepada ahli untuk melihat nafas baru dan mungkin satu bentuk kelainan dalam kepimpinan demi membawa parti lebih kuat dan berinovasi.
Jangan terlalu beremosi dengan cadangan peralihan pucuk pimpinan kerana mana mana parti akan mengambil kira perubahan jika kita tidak dapat mencapai sasaran yang diusahakan. Perubahan perlu dilihat agar ianya tidak lagi menjadi kelemahan kita untuk kali akan datang.
Bukan tidak ada kebaikan dengan gerak kerja yang dilakukan tetapi melebihkan kekuatan perlu diusahakan dengan mengambil kira faktor faktor tambahan dan kelainan. Strategi yang lebih baik dari kepimpinan baru mungkin boleh menjadi faktor membawa perubahan kearah kemenangan.
Kalau parti kita sebagai parti terbuka kita patut melihat sebagai suatu cadangan yang perlu dibincang dan diteliti dari aspek kebaikan bersama. Membawa huru hara adalah satu tindakan yang tidak memberi kabaikan kepada ahli yang sayangkan parti dikira semakain kuat pengaruh.
No comments:
Post a Comment