Wednesday, April 20, 2011

Keterajuan DAP

Kaum cina lebih rasional dalam menentukan pemimpin mereka. Sikap ini amat jauh lagi untuk masyarakat melayu.

Ramai melayu yang lebih menumpukan kepada hanya satu sahaja yang layak dan berhak menjadi pemimpin masyarakat melayu.

Masih ramai lagi melayu yang berfikiran begitu. Mereka merasa lebih selesa dengan pegangan mereka. Mereka merasa itu yang terbaik untuk mereka fikir buat masa ini.

Mesyarakat cina melihat dengan lebih rasional siapa yang layak untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka lebih pentingkan kepada sumbangan pemimpin yang dilihat mampu memberi kebaikan dan kesenangan kepada mereka.

Kalau dilihat kepada fenomena politik tanah air sekarang ini tidak mustahil MCA akan berkubur dan hanya akan timbul parti DAP aka mewakili masyarakat di Malaysia. Kita lihat perkembangan pilihanraya Sarawak memberi gambaran bahawa Dap mampu memberi jaminan kepada masyarakat cina bahawa DAP dapat memberi kebaikan dalam kehidupan masyarakat cina.

Kita akan liha lagi perkembangan seterusnya dengan kehebatan pemimpin DAP akan memberi lebih keyakinan kepada masyarakat cina untuk memberi kepercayaan mengangkat DAP sebagai wakil masyarakat cina sekaligus mempertahankan hak hak masyarakat cina di Malaysia.

No comments:

Post a Comment