Kalau kita membaca tulisan blogger yang kita ikuti, kita dapat gambaran bagaimana blogger ini berfikir. Tulisan mereka mempengaruhi kita berfikir mengikit cara mereka berfikir.
Banyak blogger tidak memberi satu pandangan yang boleh memberi keharmonian dalam pembacaan. Tulisan yang banyak memberi gambaran keburukan orang lain akan memberi satu pengaruh kepada pembaca bila pembaca membaca tulisan mereka.
Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana banyak pembaca yang terpengaruh dengan corak penulisan memberi situasi kepada pembaca bersetuju dengan penulis blog walau tulisan itu salah etikanya.
Blogger mamapu menyalurkan satu imej salah dalam pemahaman penulisan untuk dibaca oleh pembaca.
Cuba kita baca tulisan blog yang sentiasa kita ikuti. Ada yang menulis supaya kita percaya dengan tulisan mereka.
Berhati hati mengikuti tulisan blogger kerana banyak blogger yang pandai membawa cerita yang tidak patut dibaca.
No comments:
Post a Comment