Terlalu banyak laporan yang memberi gambaran kepada kita kucaar kacirnya pentadbiran kerajaan sekarang. Saya rimas membaca tohmahan dari pembangkang tentang kecelaruan yang berlaku.
Walau tidak ada siapa yang tampil memberi bukti dengan jelas bahawa kerajaan sekarang melakukan penipuan kepada rakyat tapi isu ini semakin hangat diperkatakan.
Banyak tulisan yang saya baaca memberi kekeluruan kepada rakyat yang membaca tulisan mereka ini. Taidak dapat dinafikan bahawa kenyataan yang dibuat dalam tulisan mereka ini dapat menggerakkan hati rakyat untuk melihat kebenaran perkara sebenar.
Apakah berita yang disampaikan itu benar atau tohmahan yang sengaja dilakukan untuk memburukan kerajaan. Perkara ini perlu diperjelaskan segera kerana rakyat ingin melihat kebenaran.
Kebanyakan kenyataan yang dibuat tidak mendapat maklumbalas dari kerajaan. Rakyat tidak dapat keterangan yang jelas dari kerajaan apakah kenyataan itu perkara yang sengaja ditimbulkan sahaja.
Kerajaan perlu tampil pertahankan tohmahan itu dan beri peluang kepada rakyat melihat kerajaan bersungguh mempertahankannya.
No comments:
Post a Comment