Ghairah memastikan Anuar terkeluar dari arena politik tanah air. Kesukaran yang Anuar hadapi diperhatikan oleh rakyat dalam diam dan menanti satu bulti kukuh bahawa Anuar dipermainkan untuk dijatuhkan.
Rakyat cina sudah faham dengan permainan ini kerana sex bukan isu besar bagi mereka. Isu sex hanya menjadi perhatian adalah dari rakyat melayu kerana mereka tidak biasa dengan perbuatan sex secara bebas dan luar biasa seperti didedahkan.
Bagi rakyat melayu perkara ini adalah isu besar kerana peganggan agama melarang sekeras kerasnya. Jika ada yang melakukan sex sebegini adalah terlalu jahat dan dosa pelaku amat besar. Pelaku juga patut dihukum dudunia dan hukum diakhirat menanti jika terlepas di dunia.
Rakyat melayu yang juga rakyat Islam memandang serius juga kepada pembawa berita atau pendakwa mendakwa Anuar melakukan sex. Amat malang kerana pembawa berita biasanya tidak dipandang dengan serius kerana berita yang dibawa terlalu besar sehingga terlupa untuk menyiasat siapa pembawa ini.
Berita ini dimainkan sehingga terlupa bahawa pembawa berita ini adalah racun ketenteraman masyarakat. Rakyat melayu akan bising dengan dakwaan dan menentang. Pembawa berita tersenyum dibelakang melihat rakyat melayu melatah dengan berita yang tersebar.
Anuar berhempas pulas pertahankan kesucian diri dan rakyat yang menyokong tertuduh ini juga sibuk pertahankan tuduhan terhadap Anuar. Penyokong pembuat tuduhan juga memainkan peranan supaya ianya sentiasa hangat dengan perbalahan mulut dan persuratan.
Kata penuduh ini biar rakyat melayu saling bertuduhan nanti kita akan tampilkan diri kita dengan penampilan orang baik baik. Kita nasihatkan rakyat melayu agar jangan bergaduh biar mahkamah yang menentukan kedudukan Anuar ini.
Anuar akan sibuk dengan penafian tuduhan dalam mahkamah sehingga kurang perhatian dengan kepimpinan. Kurang perhatian kepada rakyat dan kurang sumbangan pembangunan rakyat.
Pergerakan Anuar semakin perlahan kerana sibuk pertahankan maruah diri yang sengaja dicemarkan dengan niat.
No comments:
Post a Comment