Saturday, April 2, 2011

Dalam hidup ini

Tuhan yang Esa,

Hayat aku ini dalam keadaan lemah. Aku memerlukan pertolongan Mu. Bagaimanakah aku dapat melihat pertolongan Mu. Bagaimanakah aku harus lakukan untuk mendapat pertolongan Mu.

Aku tersangat lemah untuk meneruskan hidup ini yang aku anggap sempurna. Aku rasa terlalu jauh dengan kesempurnaan hidup. Aku terlalu lemah untuk berdepan dengan kehidupan yang aku hadapi ini. Aku tidak dapat mengelak dari menuruti keperluan kehidupan ini. Aku tidak dapat mengelak dari menuruti keperluan kehidupan ini.

Lemahnya aku hingga aku terlaku kemungkaran yang aku sendiri tidak ingin lakukan. Terlalu lemah untuk aku mengelak dari melakukan. Aku tidak berniat melakukan kemungkaran tapi aku terikut dengan keperluan kehidupan. Kehidupan aku terlalu banyak dengan kemungkaran. Kehidupan aku dikelilingi dengan kemungkaran. Selangkah aku berjalan aku akan berdepan dengan kemungkaran. Bagaimana aku dapat mengelak sepanjang perjalanan yang aku lalui.

Tuhan ku, terbalas dengan kejahatankah hayat aku ini bila aku berada dialam kekal. Malangnya aku kerana tidak dapat melepasi kehidupan ini dengan selamat. Bagaimana mati ku nanti adakah aku dalam keadaan beriman kepada Mu. Adakah Engkau akan selamatkan aku seperti janji Mu dalam kalam yang Engkau turunkan.

Aku berdoa sepanjang hayat aku kerana aku tidak dapat mengagak bagaimana akhrnya hidup ini. Bagaimana aku dapat melepasi kehidupan yang sekejap ini dari kemungkaran. Rasanya aku tidak selamat seperti manusia yang hidup sebelum aku. Tidak banyak ancaman kemungkaran persekitaran hidup mereka. Hidup aku penuh dengan kemungkaran. Terlalu banyak dan mencabar keimanan dimana aku sendiri tidak tahu setebal mana.

Bagaimana aku dapat selamatkan hidup aku ini Tuhan ku. Teringin aku melihat jalan yang pastinya aku akan selamat untuk aku lalui dan selamat untuk aku bermukim disana. Dimana itu Tuhan ku. Petunjuk Mu. Aku diajar mencari petunjuk Mu dalam hidup ini. Adakah aku telah ditunjukan. Adakah aku tidak sedar bahawa aku telah mendapat petunjuk Mu.

Ruginya aku kerana tidak dapat melihat petunjuk Mu sedangkan petunjuk Mu ada didepan ku. Bukalah mata ini untuk aku melihat petunjuk Mu. Bukalah hati ini agar aku terang dengan rahmat Mu itu.

Aku berdoa, mencari dan menunggu sepanjang masa rahmat Mu yang agung.

No comments:

Post a Comment