Aku sakit hati betul jenis kawan makan kawan ni. Kita buat dia kawan betul. Susah sama susah nanti senang sama sama senang. Belum apa apa lagi dah plan nak makan aku. Ni aku marah sangat kat malaun sekor ni.
Kalau tak ingat dia jauh lebih tua dari aku lama aku belasah dia. Memalukan aku saja. Berapa banyak aku kena pertahankan masalah yang timbul dari masalah yang dia tinggalkan kat aku. Janji dulu bukan main lagi kita selesaikan bersama.
Bila dah dapat susah mula nak tinggal. Semua masalah tinggal kat aku berdepan. Setiap salan aku kena jawab. Semua orang cari aku sebab dia suruh tanya aku dengan alasan dia tak buat keputusan.
Dulu mula mula buat kerja nampak duit nak datang semua bawah tanggungan dia. Bila timbul masalah duit mula nak angkat kaki. Semua ini aku kena tanggung. Dia sekarang tak ada apa apa semua dibawah tanggungan syarikat aku.
Dia angap penglibatan dalam urusan bersama aku sekadat membantu untuk menjayakan. Tak ke bodoh perkataan yang dia guakan tu. Aku marah sangat dengan orang macam ni. Susah payah aku keluarkan duit tak dihargai macam apa yang dia buat ni aku bergantung sepenuhnya kepada dia.
Bila dah tak sependapat mula angkat kaki dan semua ini masalah aku. Dulu kalau dapat untung bahagi sama rata. Sekarang dapat rugi aku sorang saja yang kena tanggung. Dia hanya membantu kerja kerja yang diusahakan. Bodoh punya pemikiran.
Berapa banyak aku tolong dia masih nak buat tipu helah. Kalau kau ada masalah peribadi tolong jangan rosakkan usaha ini hingga aku kena tanggung kesukaran yang kau buat. Aku kena tanggung semua ini. Kau cabut lari buat diam diri. Ada kerja baru konon. Belah lah orang macam kau tak layak dapat kerja. Asyik nak menipu orang saja.
Kau nanti tengok lah terlingkup kau nanti. Semua orang akan tahu kerja kau. Nak mampus pun masih menipu. Kau tengok lah nanti apa akan jadi pada kau. Tuhan tu maha Besar. Dia tahu apa yang Dia buat.
No comments:
Post a Comment