Tuesday, March 22, 2011

Berundur untuk maju

Sepanjang saya bersama pemimpin UMNO di kawasan saya, banyak perbezaan yang dapat saya lihat jika dibandingkan dengan pemimpin PAS. Saya ingin membawa perbincangan politik ini untuk melihat kekuatan UMNO dalam percaturan politik masa kini.

Walau setiap kali kita lihat kehadiran yang datang dalam program anjuran UMNO namun semua tahu bahawa kehadiran itu hanya lah gimik dan paksaan. Kehadiran ini diwajibkan. Jika tidak hadir tindakan akan dikenakan keatas individu tersebut.

Kehadiran yang dipaksa ini adalah kerana untuk memeriahkan anjuran yang dibuat bagi menutup mata dan menyedapkan hati menteri atau pemimpin atasan melihat kehadiran penyokong. Melihat kehadiran yang ramai ini dapatlah ditafsirkan bahawa kawasan ini mendapat sokongan rakyat.

Rakyat yang hadir ini mestilah diberi habuan dan pengangkutan untuk memudahkan kehadiran rakyat dalam program yang dianjurkan. Ini bagi memastikan kehadiran yang dirancang.

Dapat ditafsirkan bahawa sokongan yang dilihat adalah kosong belaka kerana kehadiran rakyat adalah bukan kerelaan hati ianya paksaan dengan ugutan.

Bagaimana UMNO dapat pemerentahan kerana memaksa rakyat dengan pelbagai ugutan. Rakyat yang lemah terpaksa mengikut namun dalam hati memarahi tindakan ini. Jika beginilah perasaan rakyat, dapat kita agak bagaimana sokongan bila musim pilhanraya nanti.

Sampai bila UMNO harus bersikap begini dalam menarik sokongan rakyat. Tidak bolehkah bersikap jujur walau pun ia perit. Bagi saya PAS telah lama melalui keadaan ini terus berusaha walau perit menempuhnya.

Pemimpin UMNO harus bermula dari bawah semula memberi keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO juga ada yang bersikap jujur dalam membela rakyat. Seterusnya semua pemimpin UMNO mestilah berubah.

Jenerasi baru dalam UMNO mestilah mengubah bentuk perjuangan kepada lebih jujur membela rakyat dan negara.

No comments:

Post a Comment