Tuesday, April 19, 2011

Pengetahuan penduduk pendalaman

Pandangan saya kemenangan BN di Sarawak baru baru ni adalah kerana pengundi tegar yang tidak mengambil kira fenomena politik semasa. Mereka yang berada jauh di pendalaman dan sukar mendapat berita terbaru dan perkembangan semasa.

Mereka ini tidak mahu memenatkan otak memikirkan keadaan politik sekarang yang semakin bergolak diseluruh negara. Secara tepatnya mesej PR masih tidak sampai kepada mereka. PR perlu lebih usaha untuk menyampaikan mesej mereka kepada penduduk Sarawak yang lebih pendalaman.

Menyampai mesej kepada penduduk ini adalah usaha yang amat penting untuk menghadapi Pru yang akan datang nanti. Penduduk ini masih tidak dapat menggunakan pertimbangan mereka kerana mereka tidak mendapat gambaran perlunya mereka menilai semula pemerentah sekarang.

Untuk sekian kalinya mereka tidak disampaikan mesej pembangunan negara demi memberi mod sebegini untuk menyakinkan mereka bahawa pemerentah sekarang memerentah sepertimana kebiasaan yang berlaku selama ini.

Kesedaran yang mereka perlu tahu tidak sampai kepada mereka kerana disukarkan perkembangan negara. Mereka masih tidak tahu untuk menjenguk keadaan negeri mereka dari prospektif yang sepatutnya mereka lihat.

Mereka ini tidak diberi cukup ruang untuk kesedaran persekitaran negeri mereka. Mereka hanya diberi tahu bahawa mereka adalah sepatutnya dengan apa yang mereka ada sekarang. Rakyat ini diberi maklumat negeri dengan cara yang telah diasuh selan puluhan tahun dahulu. Untuk memberi kesedaran kepada mereka ini amat sukar kerana mereka telah 'bebal' dengan corak kehidupan mereka sekarang ini.

Mereka juga tidak deberi penganjaran sepatutnya untuk menilai pentdbiran kerajaan yang memerantah negeri mereka. Apa yang meraka faham sekarang adalah mereka hidup seperti nenek moyang mereka hidup dahulu. Mereka tidak lebih susah dari kehidupan nenek moyang mereka dulu. Kehidupan mereka sama atau lebih baik sedikit dari zaman dulu.

Mereka tidak didedahkan setinggi mana kemajuan negara mereka sekarang ini. Mereka tidak diajar bersama sama dengan kemajuan yang sepatutnya mereka lihat. Lebih menyedihkan lagi mereka tidak lansung faham bagaimana negeri mereka ditadbir. Adakah ianya sepatutnya atau mereka kini dianiaya.

No comments:

Post a Comment