Monday, April 25, 2011

Selamatlah AC

AC dah kantoi dengan kerja dia sendiri selama ini. Perniagaan dia orang dah dedahkan dengan banyak penipuan yang dilakukan. Ramai ahli perniagaan yang dia usahakan merasa ditipu.

AC tidak dapat sembunyikan lagi kerja kerja dia. Semua orang dah tahu dia melakukan perniagaan tidak munasabah. Keuntungan yang diambil berlipat kali ganda. Ramai rakyat Malaysia yang tertarik dengan perniagaan yang cepat pulangan dan lumayan pula tu.

Cara perniagaan ini amat tidak baik untuk rakyat Malaysia kerana bagi ahli yang baru mengambil bahagian tidak menjamin mendapat keuntungan yang baik kerana orang dah ramai sangat dan kegiatan pembahagian untung telah terbongkar.

Ramai ahli perniagaan dia rasa tertipu dengan pelaburan yang di buat kerana pulangan semakin sukar. Ramai telah faham dengan perjalanan perniagaan sebegini memberi kerugian kepada ahli yang terkebelakang.

Kalau ada ahli masuk perniagaan ini mesti tahu bagaimana keuntungan dibahagi. Pembahagian keuntungan ini bukan dari perniagaan jualan sebenarnya tetapi dari jualan barang dengan keuntungan yang terlalu besar. Dari keuntungan berlebihan itulah keuntungan ahli dibahagi seolah perniagaan ini maju dan pulangan amat memberansangkan.

Ramai terpedaya dengan sistem perniagaan ini. Mengkaburi mata rakyat malaysia dengan keuntungan yang tinggi. Seperti diketahui harga barang tidak setinggi itu terlalu murah cuma dijual dengan harga tinggi tujuan membuat pembahagian keuntungan nampak tinggi.

Seorang ahli baru memberli barang dengan harga tinggi dan lebihan keuntungan dibahagi kepada ahli lama yang masuk mendahului ahli baru tadi. Kalau ahli baru nak keuntungan yang besar hendaklah ahli baru itu mencari ahli baru lain untuk membeli barang ini. Lebihan keuntungan tadi dapatlah dirasa oleh ahli baru tadi. Begitulah seterusnya.

Seperti diketahui harga barang itu sebenarnya terlalu murah kurang dari RM 50. Tapi jualan yang di buat sehingga ribuan. Bayangkan keuntungan sebanyak mana yang akan diperolehi. Tentu ramai ahli yang berebut nak masuk kerana melihat tawaran keuntungan yang akan diperolehi nanti. Tidak sedar mereka telah tertipu dan akan menipu kawan yang lain menyertai.

Semua ini diketahui orang maka AC mungkin mengatur langkah menyelamatkan diri dengan menyertai parti yang korap. Parti ini tahu bagaimana nak selamatkan AC dan AC akan selamat dengan bantuan mereka ini.

Tempat selamat untuk berlindung adalah dalam politik. Kalau politik ini sama korap dengan kita tak perlu bimbang kita akan selamat. Selamatlah AC.

No comments:

Post a Comment