Thursday, April 21, 2011

PAS berombak

Tentu ahli parti PAS memandang dengan kehairanan kenapa ada yang berani atau sanggup mengkritik presiden mereka yang mana selama ini tidak ada siapa perna melakukan begitu.

Mengkritik presiden membawa erti yang besar dan ia akan memberi suatu gambaran ang penting kerana kedudukan presiden akan berada dalam keadaan ang tidak selesa jika disahut oleh ahli ahli yang lain.

Hujah yang diberikan boleh diterima dan tik mustahil sudah ada ramai yang sependapat dengan penghujah yang mengeluarkan hujahan ini. Tentu sudah lama sungutan ini bermain dibibir ahli yang tidak berapa senang dengan prestasi presiden sekarang.

Jika benarlah seperti dikata bahawa kegagalan 16 September itu adalah berkaitan dengan presiden PAS suatu yang parah akan kelihatan kerana ia akan dibawa dalam pemilihan nanti.

Walaubagaimana pun kesannya dapat dilihat kini keputusan persidangan kawasan mencalonkan Husam bertanding jawatan presiden.

Pencalonan ini memberi gambaran bahawa presiden kini diganti kepada seorang yang lebih agresif dan bersungguh dalam memastikan kemenangan PAS dalam pertandingan pilihanraya.

Kita lihat nanti perkembangan yang akan datang apakah pencalonan Husam akan berakhir begitu saja setelah ditolak Husam beberapa hari yang lepas. Jika perkara ini suatu yang besar maka ianya tidak akan habis disitu.

No comments:

Post a Comment