Saya
berpendapat sebagai rakyat Malaysia hak kita terhadap negara adalah memilih
pemimpin yang mampu memberi kita kebajikan terbaik. Memilih pemimpin adalah
tugas berat memerlukan pertimbangan yang wajar.
Ramai
rakyat sekarang tersalah faham dalam memilih pemimpin bagi menggantikan kita
untuk mentadbir negara. Kita sekarang bukan sedang berperang untuk menegakkan
kemerdekaan negara. Kita sekarang sedang memberi cadangan kita kepada negara
siapa yang kita rasa berhak dipilih untuk mewakili rakyat mentadbir negara.
Apa berlaku
sekarang adalah perebutan memilih pemimpin dengan perasaan tidak normal. Ramai rakyat
tidak lagi faham tindakan dibuat sebenarnya telah terpesong dari tujuan asal. Tanpa disedari
rakyat tidak menunjukkan sifat setiakawan dan bijaksana dalam membuat keputusan.
Rakyat
diberi gambaran bahawa sekarang negara dalam keadaan tertekan kerana ada pihak
hendak merosakkan kesejahteraan negara dengan menganjur sifat ganas. Rakyat telah
dipergunakan untuk mencapai hasrat politik kepada pihak lawan. Dengan perancangan terancang pengertian politik sebenar diberi gambaran salah dengan harapan rakyat akan percaya.
Malang
sekali rakyat sekarang tidak lagi faham dengan politik sebenar. Rakyat mudah mempercayai tohmahan politik. Mereka melihat
politik sebagai peperangan. Peperangan dicipta ahli politik untuk tujuan
memenangkan parti mereka. Rakyat menjadi mangsa. Rakyat dimangsakan untuk
mencapai habuan politik.
Apa yang
saya fikirkan mengapa politik tidak mendidik rakyat agar memahami apa itu
politik. Bagaimana politik berperanan. Peranan politik dalam memajukan negara. Politik
persahabatan bersama memajukan negara.
Rakyat
hanya bertentang pendapat dan pemilihan pemimpin bagi mentadbir negara. Paling ramai
memilih pemimpin itu adalah di anggap sebagai pemimpin yang akan memimpin
negara. Bagi pemimpin tidak memenangi tidak wajar menghasut rakyat membenci
pemimpin yang berjaya dipilih.
Rakyat
sepatutnya diajar memilih pemimpin dengan jiwa terbuka dan berlapang dada bukan
bersifat dendam tambahan dihasut untuk berbuat begitu.
Pemimpin
yang berjaya memenangi pemilihan memimpin negara tidak wajar mengambil
kesempatan menggunakan kuasa yang diberi sebagai lesen bersikap tidak jujur
dengan rakyat. Harus diambil kira kepada rakyat yang tidak bersikap dengki
dengan kemenangan yang dicapai dihormati dan tidak meminggirkan.
Begitu
juga dalam kempen pemilihan pemimpin jika dilihat rakyat condong kepada satu pihak parti jangan ditindas dengan
kecenderungan itu. Pilihan rakyat adalah hak dan mesti dihormati. Jika mahu
sokongan rakyat lakukan dengan jujur dan bijaksana.