Saturday, July 24, 2010

Kita Dan Dia Sama Saja

Saya baru mendengan penjelasan seorangan setiausaha UMNO bahagia dalam perbualan secara tidak lansung dengan beliau. Dalam penjelasan beliau secara ringkas memberi satu makna yang jelas pendirian UMNO berhubung peranan dalam perhubungan dengan masyarakat.

Pada mulanya dia mengakui kelemahan pihak yang menguruskan kemajuan penduduk setempat dalam mentadbir dan memberi khidmat bagi memenuhi kehendak setiap penduduk. Kita tidak dapat memberi segala permintaan penduduk kerana bukan semua yang kita mampu buat. pihak yang mengurus kemajuan setiap kampung mempunyai kemampuan yang terhad. Masalah yang timbul ketidakpuasan hati penduduk terhadap khidmat pihak menjaga kemajuan dan kebajikan kampung dalam membela nasib mereka.

Perkara ini dibawa kepada UMNO bahagian untuk diatasi kesukaran mendapat bantuan dalam khidmat pihak yang mengurus kemajuan kampung. Bagi UMNO bahagian tidak semua bantuan yang diperlukan dapat dilayan kerana kemampuan yang terhad. Ramai rakyat yang tidak faham dengan kedudukan UMNO kerana masih belum memerentah negeri dan kebebasan memberi bantuan kepada penduduk tidak dapat dibuat dengan lancar.

Semua orang ada kelemahan dan kekurangan dalam menjalankan tugas sebagai pentadbir. Bukan semua bantuan yang diminta dapat kita uruskan dan memjanjikan dapat diatasi. rakyat perlu tahu kedudukan UMNO sekarang ini yang hanya menjadi pembangkang buat masa ini.

Dalam penjelasannya lagi beliau menambah bahawa peranan PAS dan UMNO memain peranan sebagai parti politik sama saja. Sebagaimana peranan PAS, UMNO juga memainkan peranan yang sama. Apa yang membezakan adalah PAS menjual Islam untuk mendapat sokongan rakyat. Sedangkan UMNO terlebih dahulu memasukan kedalam perlembagaan UMNO menjadikan Islam sebagai agama rasmi. PAS waktu itu masih belum merangka perlembagaan, UMNO telah mendahului dalam memperjuangkan Islam diMalaysia. Bezanya UMNO tidak menggunakan Islam untuk menarik sokongan rakyat seperti PAS sekarang.

Dalam perbualan itu beliau ada memberitahu bahawa cadangan mengadakan undang-undang bagi menhalang Islam digunakan dalam politik. Ini bagi mengelakkan Islam disalah guna. Tidak mahu rakyat ditipu dengan penggunaan Islam untuk meletak kan satu satu parti politik itu mengharamkan parti lain sebagai salah sebuah parti orang Islam.

Saya tidak mahu mengulas apa-apa dengan kenyataan beliau kerana bagi saya ada banyak perkara yang dapat disangkal oleh pihak PAS kerana kenyataan beliau itu lemah. Bagi saya kenyataan yang tidak kukuh inilah menjadi salah satu sebab UMNO kalah dalam pilihanraya.


Thursday, July 22, 2010

Orang kaya bergantung kepada orang miskin

Dalam bacaan saya dalam tulisan kerakusan orang kaya membolot kekayaan melalui projek kerajaan dengan dibiayai oleh rakyat yang membayar cukai, amat menyedihkan saya. Bagaimana mereka lupa atau tidak menghiraukan apa yang mereka lakukan telah merosakkan kestabilan ekonomi negara.

Apa yang saya dapat lihat dari kekalutan orang kaya dan orang yang hendak kaya menggunakan kesempatan mengaup keuntungan dengan mendapatkan projek berjuta atau berbilion ringgit dari kerajaan dan untuk memudahkan kekayaan ditejemahkan mereka menjual projek itu kepada sesiapa yang berminat.

Hasil dari penjualan itu mereka dengan pasti akan mendapat kewangan segera tanpa bekerja dan mengeluarkan peluh memikirkan bagaimana mendapatkan kewangan untuk menjadi seorang kaya melalui hasil kerja. Mereka menjadi kaya raya serta merta dengan projek yang diberikan kepada mereka ini.

Siapa yang memberi projek ini kepada mereka. Tentulah pihak pemerentah yang menganugerah projek ini dengan bermacam macam sebab untuk menghalalkan pemberian ini. Hasil pemberian itu hanya sekelumpuk sahaja mendapa hasil yang lumayan dan dapat membelanjakan kewangan itu mengikut perancangan asal mereka. Ada juga untuk membiayai politik dan membantu yang hendak diistihar muflis.

Hasil dari kegiatan ini teleh memberi satu kesan yang tidak patut berlaku kerana projek yang dibina kononnya memberi kemudahan kepada rakyat telah disalah guna dan mutu yang kerja yang terhasil dari proses menjual projek telah menambah kos pembinaan. Pada asal peruntukan membina projek ini adalah mengikut pengiraan yang betul dan telus, tetapi bila projek ini diperolehi ia dijadikan bahan niaga dan tawar menawar untuk mendapatkan kerja pembinaan menjadikan keuntungan keatas projek ini menjadi rendah dan mungkin tidak munasabah.

Dari pengecilan keuntungan inilah pihak yang mendapat hak membina projek ini akan mengira semula kos pembinaan bagi memastikan mereka juga mendapat keintungan semaksima mungkin. Proses ini membuatkan kos kerja menjadi murah dan mutu pembinaan menjadi rendah. Banyak berlaku bangunan yang dibina tidak melihatkan mutu yag sepatutnya. Kejadian yang menyedihkan bangunan runtuh dan hampir runtuh berlaku hasil dari penjimatan kos yang terpaksa dibuat. Tidak kurang juga projek yang terpaksa dihentikan kerana tidak cukup modal akibat terlalu banyak wang dikeluarkan dan pembayaran balik lambat.

Kalau dilihat disini apa yang berlaku kebanyakan orang kaya hanya berharapkan pemberian projek atau bantuan kewangna dari kerajaan yang memegang amanah duit pembayar cukai. Kalau kerajaan tidak memberi kepada mereka peluang ini maka tidak ramailah orang yang mampu menjadi kaya diMalaysia ini saya kira.

Tidak ramai orang seperti ini akan memanipulasi kewangan negara. Tidak ada pembaziran dana negara diberikan kepada orang yang akan menjual semula projek demi untuk mendapat wang segera tanpa memikirkan wang yang digunakan itu adalah amanah dari pembayar cukai rakyat Malaysia.

Orang ini tidak mampu hidup dengan usaha sendiri kerana ramai orang seperti ini hanya belajar saja tinggi tapi tidak pandai mencari duit sendiri hanya mengharapkan pertolongan dari kerajaan denganpemberian projek atau bantuan dari pintu belakang.

Saya berpendapat bahawa pembayar cukai atau rakyat bawahan lebih pandai mencari wang sendiri dari kederat dan usaha sendiri tanpa mendapat bantuan dari kerajaan secara lansung. Bayangkan rakyat bawahan ini jika ingin mendapat bantuan kewangan dengan meminjam dari institusi yang ada, betapa sukar dan hampir mustahil untuk dapat.

Dengan kekurangan yang ada pada mereka ini tentu susah mendapatkan sokongan kewangn yang mana mereka terpaksa melalui jalan sukar dengan syarat keperluan dokumen peminjam ini sendiri pun tidak faham. Namun mereka berjuang juga untuk hidup walau sedikit tetapi mereka mendapatkan tanpa meminta dan sogokan dari pintu belakang.

Apa yang dapat dilihat adalah cukai yang dibayar oleh rakyat biasa adalah untuk membantu golongan kaya menambah kekayaan atau mengelak dari menjadi bangkrap. Orang miskin membiayai orang kaya.

Wednesday, July 21, 2010

Suasana Politik di Kelantan

Saya baru berbual dengan seorang sahabat pagi tadi tentang suasana politik di Kelantan. Banyak perkara yang saya tidak pasti dulu kini sudah jelas. Kenapa Umno tidak mampu menawan Kelantan hingga sekarang.

Dalam perbualan dengan orang yang saya kira banya berdamping dengan orang politik. Saya tidak sangka akan mendengar pandangan beliau tentang politik di Kelantan. Mengikut pendapat dia dengan suasana politik Umno sekarang tidak akan mampu Umno menawan Kelantan untuk beberapa pilihan raya akan datang. Ini kerana sifat pemimpin Umno yang tidak mahu mendengar pendapat orang bawah tentang pandangan dan terjemahan rakyat kepada mereka. Rakyat memandang pemimpin sekarang sebagai orang yang sukar didampingi. Tidak lagi dapat lagi meresai sebagai seorang memimpin rakyat yang berada dikawasan mereka.

Jauh sekali untuk rakyat makan semeja dengan pemimpin ini kerana pemimpin ini sedang sibuk membuat harta untuk kesenangan. Mereka mengejar harta seolah olah mereka akan pencen dalam beberapa tahun lagi dan sekarang adalah masa untuk mencari bekalan pencen nanti takut anak bini dan dia sekali tidak dapat makan kerana dapat berada dalam arena politik disebabkan ditolak rakyat.

Pandangan rakyat tidak lagi didengari. Pemimpin masih mengharapkan orang kanan yang sentiasa bersama mereka. Sedangkan orang kanan inilah yang trelan duit pilihanraya tahun dulu hingga jentera menjadi lemah dan tidak mampu menawan kawasan pemimpin ini bertanding. Pemimpin ini dikelilingi oleh orang yang hanya ingin mengaut duit yang ada pada pemimpin ini.

Saya pernah mendengan syarahan pemimpin yang bertanding pada pilihan raya lepas, tidak ada apa yang dapat dibanggakan dalam syarahan yang diberikan. Ketokohan dia sebagai bakal memimpin kawasan tidak mampu menandingi pihak lawan. Tidak ada isu yang dapat mematahkan dan menarik perhatian rakyat bangga dengan ketokohan beliau. Saya yang mendengar merasa malu kerana Pemimpin begini dicalonkan menjadi calon pilihan raya. Siapa yang mencadangkan mereka ini menjadi calon sedangkan tidak terlihat ketokohan mereka. membazir duit saja.

Saya bertanya kawan itu tentang pelapis yang ada sekarang tidak bolehkah kita menggantikan mereka yang baru menonjolkan diri sekaligus menukar persepsi rakyat terhadap pemimpin Umno. Katanya tidak ada yang layak. Resam mereka ini siapa yang akan diangkat menjadi pemimpin perlu dari seorang yang mempunyai laatarbelakang seorang yang kaya dan berpelajaran.

Tercetus dalam fikiran saya sebab itulah berebut rebut mencari kekayaan untuk mendapat tiket menjadi seorang pemimpin. Saya sambungkan kisah ini kepada cerita betapa rakusnya individu mencari kekayaan dengan melobi projek dan dijual untuk mendapat duit segera. Cerita begini sudah banyak saya dengar.

Saya tak nak panjangkan kerana semua tahu hala tuju mereka ini dan sendiri boleh conggak akhirannya.