Saya percaya apa yang saya buat setiap perintah Allah adalah untuk diri saya sendiri. Allah mengajar kita hidup di dunia ini agar kita selamat di dunia dan seterusnya di akhirat. saya yakin dengan diri sendiri bahawa apa yang saya buat di muka dunia ini adalah untuk kebaikan saya sendiri kerana saya mempercayai bahawa Allah tidak bergantung kepada saya untuk membuktikan apa saja dan kepada sesiapa saja bahawa Dia adalah tuhan yang patut disembah.
walau sebanyak mana dosa yang saya buat ( dan kalau semua manusia di dunia ini melakukan dosa kepada Allah taala ) tidak akan bergoyang kerajaan Nya. begitu juga jika saya melakukan kebaikan dan pahala ( dan kalau semua manusia di dunia ini melakukan kebaikan dan pahala ) yang banyak tidak akan terjejas kebesaran Allah taala. ini amat saya yakini
saya yang cetek ilmu ini berusaha dengan keupayaan yang ada untuk memahami kebesaran Allah taala yang tidak mengharapkan kekuatan saya ini untuk kerajaan Allah taala. apa yang saya lakukan setiap suruhan Allah taala adaloah untuk keselamatan saya sendiri dan kepentingan saya ketika saya di dunia dan di akhirat.
saya memulakan diri saya mengenali Allah dengan lebih dekat dan dengan keyakinan dalam diri siapa Allah. ramai orang yang mengikut perentah Allah tidak sedar bahawa mereka tidak mengenali Allah taala dengan sebenarnya. saya yakin itu kerana saya sendiri datang dari golongan begitu. saya hanya mengikut saja apa yang dilakukan oleh orang terdahulu dari saya atau saya lakukan kerana perentah orang terdahulu dari saya. saya lakuka apa yang disuruh sahaja dan tidak tahu atau memahami selebihnya yang sepatut saya lakukan dan fahami.
Walaupun saya menganggap telah menjalankan tanggungjawab saya terhadap Allah taala, tetapi setelah saya sedar apa yang saya lakukan ini tidak memberi kenikmatan yang saya faham bila saya membaca kitab terkenal dan mempelajarinya dengan berguru ( ustaz yang mengajar di masjid ) tidak tercapai kenikmatan itu. saya mencari kenikmatan itu sehingga saya sedar bahawa saya perlu memahami keperluan saya terhadap Allah taala dan tanggungjawab saya terhadap diri sendiri sebagaimana yang Allah taala ajar melalui Rasulullah s.a.w.
saya sedar bahawa Allah tidak memerlukan saya untuk kebesarannya kerana Allah berdiri dengan sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa atau apa. malah saya yang kerdil ini amat memerlukan kebesaran Allah taala untuk selamat di dunia dan akhirat. saya memerlukan Allah taala kerana saya tidak mempunyai apa-apa selain apa yang ada ditangan saya dan apa yang manusia iktiraf sebagai hak saya. saya masih yakin bahawa apa yang ada ditangan saya dan apa yang manusia iktiraf sebagai hak saya, masih lagi ianya hak Alllah taala.
tangguh sementara rasa saya
No comments:
Post a Comment