Tuesday, March 23, 2010

taubat kita

Allah minta kita bertaubat kerana Dia maha pengampun. Dia kaya dengan keampunan kerana Dia tidak akan miskin dengan memberi keampunan kepada kita setiap kali kita meminta ampun. Ini sifat yang Allah tunjukkan kepada kita bahawa dia bukanlah mempunyai sesuatu yang terhad. Milikan Nya tidak terhad. Sukarkah kita mengakui bahawa Dia lah tempat yang sepatutnya kita meminta. Terbukti dengan sifat pemurah Nya menyatakan bahawa Dia tidak ada sifat terhad. Taubat itu memberi kita peluang mendapat pemberian dari Allah. Ambil lah peluang bertaubat dengan kesungguhan agar taubat kita diterima Allah. Berbahagialah bagi manusia yang diterima taubat mereka.


No comments:

Post a Comment