Showing posts with label Penanggung Hayat. Show all posts
Showing posts with label Penanggung Hayat. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

Penanggung

Tidak semua masyarakat sedar bahawa dalam institusi keluarga, mereka adalah seorang penanggung dalam keluarga yang dibina. Keluarga sepenuhnya mengharapkan perhatian untuk keselamatan dan apa saja kesukaran.

Sememangnya tugas seorang yang menanggung keluarga amat berat. Seluruh ahli keluarga mengharapkan kehebatan kita untuk memberi perlindungan kepada keluarga. Tanggungjawab ini sepatutnya difahami oleh penanggung ini. Betapa besarnya tanggungan yang akan dipikul oleh ketua keluarga. Jika ketua keluarga gagal menanggung keluarga, kesukaran akan menimpa kepada keluarga yang terpaksa mengganti tanggungan yang ditinggalkan.

Ketua keluarga yang memmpunyai tanggungjawab yang tinggi dalam keluarga perlu berhati-hati dengan musibah yang mendatang tanpa kita rancang. Tidak siapa dapat menjangka kejadian yang akan menimpa kita esok memberi kebaikan atau keburukan. Semua itu kita hanya menanti kehadiran hari esok dengan penuh debaran. Cuma buat masa ini kita merasai kesukaran yang mungkin menimpa kita kerana sepanjang hayat kita masih belum menghadapi kesukaran yang akan membawa kepada beralihnya penanggung dalam keluarga.

Beralih penanggung dalam keluarga adalah kita sebagai seorang suami tidak lagi mampu menjadi seorang yang mampu menanggung keluarga seperti selalunya. Segala bentuk urusan yang selama ini kita yan uruskan dalam hal keluarga terpaksa diuruskan orang lain atau isteri kita. Munngkin kita hanya mampu melihat sahaja atau kita pergi buat selamanya dan meninggalkan teru urusan keluarga kepada isteri kita yang tidak perna melakukan tugas-tugas yang kita buat selama ini.

Terbayangkah kita secekap mana isteri kita dapat mengambil alih tugas kita yang kita tinggalkan. Semua urusan yang kita lakukan dulu terpaksa isteri kita lakukan sendirian mungkin jika itu satu beban yang kita tanggung sebelum ini. Kalau ianya pengurusan harta mungkin ramai yang akan sudi datang membantu kerana habuan yang akan diterima kera sudi membantu.

Kesukaran yang tidak dapat dibayangkan jika isteri kita terpaksa menanggung hutang masih belum langsai sebelum kita tiada atau mengalami kesukaran menjalankan tugas sebagai ketua keluarga. Semua ini akan ditanggung oleh isteri kita. Mampukah kita bayangkan atau melihat isteri kita menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dalam keadaan serba kesukaran. Adilkah semua ini ditanggung sendirian oleh isteri kita.

Bagi ketua keluarga yang banyak meninggalkan hutang, ini satu penyiksaan kepada keluarga kerana meraka bukan orangnya yang mampu menanggung tugas kita. Mereka akan kalah dengan kesukaran yang terpaksa ditanggung.

Maka tugas ketua keluarga adalah menyediakan penanggung yang mampu mengganti bagi menanggung semua kesukaran yang keluarga akan hadapi jika berlaku musibah kepada ketua keluarga.