Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Rezduan Beach Resort

Damai pantai melawi dengan pandangan dan pantai yang masih bersih. Pantai Melawi walau tidak sehebat Pantai Cahaya Bulan, masih boleh dibanggakan. Pantai ini tidak membahayakan kepada pengunjung kerana pantainya masih landai.

Pantai ini sesuai dikunjung keluarga yang menggemari mandi di pantai. tidak ramai yang tahu pantai ini antara pantai yang menarik untuk dikunjungi.

Tidak ada kesibukan kerana kawasan ini terpencil. Kawasan ini masih lagi dalam kawasan kampung. Jalan memasuki ke Pantai Melawi melalui kawasan kampung.

Saya amat mencadangkan kepada penggemar pantai supaya mencuba Pantai Melawi sebagai destinasi baru.

Banyak juga chelet yang tumbuh disini. terdapat juga chelet yang menarik untuk dikunjungi. Tinggal beberapa malam disini memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan.


Kawasan ini perlu dimajukan lagi sebagai destinasi pilihan kepada pengunjung pantai yang sukakan kedamaian. agen perlancungan boleh mencadangkan pelancung yang ingin datang ke Kelantan singgah di Pantai Melawi

Untuk singgah di Pantai Melawi ini saya mencadangkan singgah di Redzuan Beach Resort. Tempatnya yang menarik dan selesa dikunjungi. Tempat ini walau masih tidak dikenali ramai peminat pantai tapi mampu mendapat kunjungan yang tidak kurang di kalangan pengunjung tempatan.


Dikalangan pengunjung tempatan resort ini menjadi tempat kunjungan yang baik dan selesa. Tempat ini mempunyai bilik sebanyak 32 buah dengan kapasiti 4 orang sebilik. Mempunyai 2 dewan berhawa dingin dan berkipas. Suasana pantai yang cukup menarik. bagi penggemar resort sesuai untuk destinasi pilihan seterusnya.

Untuk tempahan boleh menghubungi talian 012-9392423 Che Sue