Saturday, April 10, 2010

Mengesakan Allah dalam diri kita

Kita tidak sedar diri kita ketinggalan dalam mengesakan Allah. Kita terlalu memandang apa yang ada dihadapan kita. Dengan kelemahan dimana tidak faham apa yang kita hadapi, taksub menangani dunia dihadapan kita. dunia bukan tempatnya untuk kita berseronok. Dunia adalah tempat kita menghambakan diri kepada Allah. Dunia tempat sementara untuk kita mati. Jadi jangan meletakkan dunia sebagai satu keutamaan.

Apa yang memburukkan lagi, kita tidak faham dengan dunia di hadapan kita sehingga Allah menurunkan panduan untuk menghadapi dunia ini melalui pesuruh Nya. Bukan calang orang yang menjadi pesuruhNya. Bukan ringan tanggungan yang dipikul oleh pesuruh Allah. Terlalu besar dan terlalu berat. Banyak musuh yang menentang dan mencari jalan untuk menghapuskan ajaran yang dibawa. Panduan yang Allah turunkan kepada manusia cukup sempurna dan membawa kebaikan serta keselamatan. Namun tidak sedar diri manusia masih mencari cara untuk menghadapi dunia dengan cara yang dicari sendiri.

Terbukti kelemahan manusia terlalu daif sehingga Allah menurunkan panduan hidup kepada mereka. Itu pun masih tidak menyedarinya lagi. Taksub dengan pencapaian yang tidak terbukti kejayaannya. Beranggapan berjaya membina satu peradaban yang baik namun tidak terfikir bahawa apa yang dibuat itu bersifat sementara dan tidak dapat dipastikan untuk kebaikan sejagat. Walau kejayaan yang diperolehi namun ia masih lagi perlu dibaiki. Setiap kejayaan yang di hadapi itu perlu diperbaharui setiap masa untuk menjadi lebih baik lagi. Hanya kejadian yang datang dari Allah sahaja yang dapat digunakan selama-lamanya. Tidak ada cacat celanya untuk kesempurnaan manusia.

Tidakkah ini telah diajar Allah dalam kalam yang disampaikan kepada manusia. Dalam kalam ini telah jelas dipertunjukkan panduan kehidupan untuk manusia. Mengapa masih mencari kehidupan di dunia ini. Terlalu bodohkah manusia ini atau berlagak pandai.

Sudah berapa lama manusia diberi panduan menguruskan kehidupan di dunia ini, namun masih lagi gagal dan sesat. Mengapa manusia memilih jalan sesat ini. Apakah tidak faham dengan apa yang disampaikan Allah dalam kalam Nya. Terlalu sukarkah untuk memahami apa yang disampaikan dan mengamalkannya.

Manusia telah diajar dan diberi bukti keesaan Allah sepertimana dalam kalam Allah. Manusia hanya diminta mengikuti akan ajaran yang disampaikan dan mengamalkan sebaik mungkin dengan kemampuan yang ada. Allah lebih mengetahui kemampuan manusia. Allah maha mengetahui. Dari sifat itulah manusia berada dalam perhatian Allah dan sentiasa dalam rahmat Nya. Allah bersifat pengasih dan penyayang.

Kenapa manusia gagal meletakkan Allah dalam diri mereka. Mengapa mereka tidak merasakan kebesaran Allah Taala seperti diberitahu oleh pesuruhnya Muhammad s.a.w. Rasulullah begitu mengenali Allah taala sehingga disebut dalam hadis yang membincangkan kebesaran serta takutnya kepada Allah.

Bagi manusia yang tidak pernah berdepan dengan Allah lebih lebih lagilah rasa gerunnya dengan keesaan yang di perkatakan.

Sujudlah wahai manusia atas kebesaran Allah taala yang diajar nabi kita s.a.w. jadikanlah Allah taala sentiasa disamping kamu. Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui dan maha bijaksana.

Hadirkanlah nama Allah dalam setiap ayat yang kita sebutkan. Menjadikan kita sentiasa memandang Allah walau apa saja yang kita sebutkan.

Sentiasalah memandang Allah agar kita sentiasa dalam rahmatNya. Begitulah menjadikan kita sebagai manusia yang bertaqwa kepada Allah. Walau apa yang kita lakukan jangan perpaling muka kita dari memandang Allah. Berurusanlah dengan apa saja tetapi pandangan kita tetap memandang Allah. Tetapkan pandangan kita walau sesukar mana urusan dihadapan kita.

Bersyukurlah jika kita mampu lakukan. Itulah sebaik baik perbuatan yang kita lakukan tanpa meninggalkan Allah dan tercap zat Nya dalam setiap ayat yang kita sebutkan.

Kita mencari redhaNya dalam hidup ini. Redha Allah kepada kita didunia ini membawa kebahagiaan kepada kita diakhirat nanti. Berlindunglah kita dengan Allah agar tidak dimurkai ketika hidup kita ini. Kemana lagi hendak kita tuju dan kepada siapa hendak kita minta pertolongan agar terselamat hidup kita didunia. Tentunya kepada Allah taala.

Kemana kita hendak tuju akhirat nanti. Semuanya kepunyaan Allah. Kemana kita hendak tinggal selepas kematian kita.semuanya kepunyaan Allah. Tidak dapat dibayangkan jika Allah tidak redha kita berada didalam pemerentahanNya. Sedangkan tidak ada dunia atau akhirat lain yang ada untuk kita buat pilihan.

Hanya kepunyaan Allah yang tinggal kekal abadi dan hanya Allah sahaja kekal memerentah ciptaanNya. Kemana lagi kita hendak pergi sedangkan yang kekal hanya pemerentahanNya. Pertolongan siapa yang kita mampu minta sedangkan semuanya hanya bergantung kepada pertolongan Allah.

Siapakah yang berani memperkatakan pemerentahan lain sedangkan telah terbukti dengan jelas hanya pemerentahanNya yang memerentah semesta ini. Apakah bukti mereka jika berkeras dengan pendapat mereka. Mampukah mereka membawa bukti selain dari kepunyaan Allah.

Apakah mereka tidak berfikir bahawa mereka tidak mampu mencipta walau setitik air sebagai ganti ciptaan Allah. Apakah mereka bodoh untuk mengakui empunya setitik air yang mereka gunakan setiap detik kehidupan mereka. Bagaimana mereka mengaku mereka bijak dalam mencipta dan mampu menjadika dunia ini aman.

Kita bersyukur dengan pemberian Allah. itulah yang sepatutnya yang kita lakuakan setiap hari kehidupan kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan memohonlah dengan kekurangan pada diri kita ini. Inilah sifat sebenar manusia. berilah tugas menyediakan rezeki kepada Allah taala. kita hanya bertugas mengesakan Nya. Bukan sukar jika kita hayati kebenarannya.

Kita sudah disediakan rezeki untuk kehidupan kita ini. Tidak perlu kita risaukan dengan pendapatan kita setiap hari. ketentuan telah ada untuk kita. Bersykurlah dengan apa yang ada

memperbaiki diri sediri

Memperbaiki diri kita, bagaimanakah usahanya. Kita sering menunggu sesuatu kayakinan diri datang kepada kita untuk usaha kita memperbaiki diri. Sedarkah kita bahawa kita hanya membuang masa kita yang amat berharga ini. Allah telah menunjukkan jalan kepada kita cuma kita tidak menyedarinya. 

Kita tidak menyedari kerana kita bersifat cetek ilmu. Maka untuk itu perlulah kita berusaha tanpa menunggu apa apa petanda untuk mengubah diri. Mulakan dengan apa yang kita ada. Kalau kita dapat menunaikan sembahyang dengan bacaan yang kita kira sangat teruk, maka mulakan dengan itu. Jadikan ia satu amalan. Bila telah biasa dengan kekurangan itu cubalah dengan satu pembaharuan agar ia nampak berlainan dari biasa dan lebih baik lagi. 

Biasakan dengan pembaharuan itu agar ia menjadi biasa. Setelah ia menjadi biasa mulakan dengan pembaharuan lagi untuk lebih baik lagi. Tidak perlu kita berada dalam keadaan kekurangan itu tanpa kita berusaha untuk membaikinya. Sampai bila kita hendak berada dalam keadaan kekurangan tanpa kita berusaha membaikinya. Bermulalah dengan apa yang kita ada.jangan menunggu ia lebih baik dulu baru kita henda memulakan. Ia tidak akan datang kepada kita seperti yang kita mahu. Jangan panjang angan-angan. Mulakan segera.perbaharui ia setiap masa. Jadikan ia lebih baik dari yang lepas. Berusahalah sehingga kita mengakhiri hayat kita dalam keadaan berusaha. Walaupun kita tidak mencapai status sebagai seorang yang mendalam ilmunya. Itu bukan ukuran, ukurannya adalah kita berusaha sepanjang masa. Allah maha mengetahui dan maha melihat.

politik satu permainan

saya bersama kawan saya sekali lagi semalam berbincang hal politik. mula nya saya tidak faham dengan perbincangan mereka. setelah lama saya mendengar saya dapat mengagak mereka sedang menyusun strategi bertaup pada induk besar.

satu parti kecil yang mula hendak mengorak langkah untuk kembali giat dalam arena politik tanah air. menawarkan kepada induk yang lebih besar dan kukuh untuk menampung pergerakan mereka dengan balasan membantu induk memenangi pilihanraya.

saya tidak berminat dengan cara mereka mendapatkan induk untuk bergerak. bagi saya mereka tidak ada arah tuju lagi untuk membawa parti mereka. mereka sedang membuat tawaran induk mana yang berminat menempung mereka, maka mereka akan membantu induk itu untuk memenangi pilihanraya.

saya tidak faham dengan perancangan mereka kerana bagi saya kalau kita mempunyai kemampuan membawa wadah perjuanganinduk bukan persoalan yang perlu kita fikirkan. bawa sajalah wadah itu dan serahkan kepada rakyat menilai.

bermulalah secara sederhana. tentu mereka lebih tahu bermula dengan peringkat awal. cari sokongan secara akar umbi. kalau wadah kita kukuh kenapa perlu kepada sokongan induk. belum tentu kita akan berjaya dengan wadah yang kita hendak bawa.

perhatian saya mereka tidak ingin tunggu lama dengan senario politik sekarang dan ingin mengambil kesempatan untuk bergerak seiring dengan induk sekali gus terus mendapat nama.

menghairankan kenapa perlu mendapat induk untuk menggerak wadah parti. mungkin saya tidak faham dengan rancang mereka.

mungkin inilah yang saya katakan sebagai permainan politik. politik serba boleh. letak dimana pun mereka ini boleh bermain.

apakah wadah politik mereka boleh diletakkan dimana mana. asalkan ada induk yang akan menyokong mereka.

bagaimana dengan wadah mereka. adakah boleh digunakan dimana wadah politik lain. bijak juga mereka mebina wadah politik yang boleh digunakan dimana sahaja.

saya cuba berfikir melalui tulisan. setakad ini saja kemampuan saya. saya tak mampu terjun dalam politik cuma bercakap ditepian.

saya yakin boleh menilai parti mana yang baik. saya hanya dapat mengikut dari jauh.

bagi saya permainan ini bukan untuk rakyat tapi kepentingan mereka yang banyak keluar duit dan memasti duit itu kembali semula ke poket mereka.