Memperbaiki diri kita, bagaimanakah usahanya. Kita sering menunggu sesuatu kayakinan diri datang kepada kita untuk usaha kita memperbaiki diri. Sedarkah kita bahawa kita hanya membuang masa kita yang amat berharga ini. Allah telah menunjukkan jalan kepada kita cuma kita tidak menyedarinya.
Kita tidak menyedari kerana kita bersifat cetek ilmu. Maka untuk itu perlulah kita berusaha tanpa menunggu apa apa petanda untuk mengubah diri. Mulakan dengan apa yang kita ada. Kalau kita dapat menunaikan sembahyang dengan bacaan yang kita kira sangat teruk, maka mulakan dengan itu. Jadikan ia satu amalan. Bila telah biasa dengan kekurangan itu cubalah dengan satu pembaharuan agar ia nampak berlainan dari biasa dan lebih baik lagi.
Biasakan dengan pembaharuan itu agar ia menjadi biasa. Setelah ia menjadi biasa mulakan dengan pembaharuan lagi untuk lebih baik lagi. Tidak perlu kita berada dalam keadaan kekurangan itu tanpa kita berusaha untuk membaikinya. Sampai bila kita hendak berada dalam keadaan kekurangan tanpa kita berusaha membaikinya. Bermulalah dengan apa yang kita ada.jangan menunggu ia lebih baik dulu baru kita henda memulakan. Ia tidak akan datang kepada kita seperti yang kita mahu. Jangan panjang angan-angan. Mulakan segera.perbaharui ia setiap masa. Jadikan ia lebih baik dari yang lepas. Berusahalah sehingga kita mengakhiri hayat kita dalam keadaan berusaha. Walaupun kita tidak mencapai status sebagai seorang yang mendalam ilmunya. Itu bukan ukuran, ukurannya adalah kita berusaha sepanjang masa. Allah maha mengetahui dan maha melihat.
No comments:
Post a Comment