Wednesday, April 14, 2010

mesyuarat agung alumni pkb

petang tadi saya menghadiri mesyuarat agung alumni kali ketiga. mesyuarat kali ini melibatkan pemilihan baru ahli jawatankuasa kerja. saya juga turut terlibat dengan pemilihan ini dan berjaya mengekalkan jawatan yang disandang selama dua tahun.

mesyuarat ini diresmikan oleh pengarah politeknik kota bharu tuan haji che ku mamat. beliau gembira dengan perkembangan alumni pkb kerana walaupun baru ditubuhkan tapi mampu berada ditahap membanggakan dan hampir setanding dengan alumni yang lebih dahulu ditubuhkan.

beliau amat berharap agar alumni pkb dapat terus berkembang dengan baik dan dapat memberi sumbangan berharga kepada masyarakat bekas pelajar pkb.

disamping itu beliau memberi dorongan agar dieratkan hubungan dengan politekknik lain untuk mengukuhkan pergerakan yang akan dibawa bersama sehingga ke kementerian pengajian tinggi, beliau mahu melihat alumni politeknik Malaysia mampu bersuara di kementerian nanti terutama alumni pkb.

dalam pada itu juga beliau mengharapkan ahli ahli dapat memberi sumbangan kepada persatuan dalam memantapkan lagi persatuan. beliau percaya dengan sumbangan yang diberi akan memberi kebaikan jangka panjang kepada persatuan. beliau tidak memfokuskan kepada kewangan malah apa saj yang beharga.

beliau juga menyarankan agar papkb membuat hubuangan dua hala dengan politeknik lain. ini dapat memberi satu suara yang lebih besar kepada warga politeknik. suara ini akan dapat didengar di kementerian pengajian tinggi. kataanya jika kita mempunyai ahli yang ramai dibawah satu bumbung lebih meemberi kekuatan untuk kita menyuarakan pendapat kita. lihatlah kepada persatuan yang lebih berjaya dinegeri maju yang mempunyai aset berbilion. mereka dapat memberi impak kepada pergerakan mereka sehingga suara mereka dapat didengar di kementerian dan diambil kira pengaruhnya.

dalam mesyuarat ini pemilihan dibuat dalam keadaan yang berjaya dan tidak ada masalah yang timbul. tiga muka baru terpilih menyertai kepimpinan papkb. harapan pengarah bagi mereka yang terpilih akan dapat menjalankan tugas dan amanat seperti yang dikehendaki dalam perlembagaan persatuan.

dalam mesyuarat ini usul yang diluluskan seperti mesuarat agung diadakan antara 1 mac hingga 30 jun bagi memudahkan penyusunan jadial yang sentiasa berubah. penggunaan logo persatuan yang dicadangkan telah diluluskan mesyuarat dan menukar akaun persatuan kepada bank baru juga dululuskan.

papkb menyusun beberapa jadual aktiviti bagi bulan ini seperti program motivasi kepada pelajar, menyertai majlis konvokesyen, terlibat dengan jubli perak pkb dan mesyuarat susulan yang akan ditetapkan kemudian

No comments:

Post a Comment