Sunday, April 18, 2010

forum keusahawanan

pagi tadi di dewan kuliah 2 anjuran alumni politeknik kota bharu sempena jubli perak 25 tahun politeknik kota bharu dutubuhkan. dalam forum ini hadirin terdiri dari pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian diploma hujung mei ini.

penal penyampai yang dijemput adalah saudara bidiman mohd zuhdi selaku ketua pemuda umno sungai panjang selangor dan saudara mohd sapani selaku timbalan presiden persatuan alumni politeknik kota bharu dan pengarah urusan syarikat milik beliau sendiri

dalam forum ini saudara budiman bersama dengan saudara mohd sapani bergabung tenaga memberi peransang dan jalan keluar kepada pelajar semesta akhir yang akan berada dalam arena pekerjaan penuh mencabar.

saudara budiman mendedahkan kepada pelajar bagaimana mengenali diri dan meletakkan diri ditempat yang betul dan sesuai dengan kemampuan diri. dalam panduan yang disampaikan saudara budiman menyatakan seorang bakal pekerja tidak harus hilang panduan dan tahu menempatkan diri ditempat yang betul

saudara mohd sapani menasihati pelajar ini agar tidak gentar dalam menempuh dunia pekerjaan terutama pelajar yang bercita-cita menjalankan pekerjaan sendiri.

forum ini dihadiri 200 orang pelajar semesta akhir.

No comments:

Post a Comment