ramai yang tidak perasan dengan menonton tv kita akan mengalami perubahan dalam diri. biasanya orang yang suka menonton tv kurang membaca. kita tidak perassan dengan keadaan itu. minat kita dengan menonton mebuat kita tidak gemar membaca dan membaca menjadi satu beban yang sukar untuk kita atasi
mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, kalau kita perhatikan kepada diri kita ini, sukar untuk kita mengadap buku. kita akan mengalami masalah jika kita terpaksa membaca kerana terlalu menonton tv.
kita lihat kepada pelajar yang dalam masa persekolahan mereka. kebanyakan pelajar tidak gemar membaca buku kerana asyik dengan rancangan di tv. minat dalam membaca hanya dapat dilihat kepada pelajar yang tidak gemar menonton tv.
kebanyakan pelajar yang tidak gemar menonto tv ini akan memilih buku sebagai aktiviti mereka sepanjang masa. mereka ini akan maju dalam pelajaran dan berjaya dalam pepereksaan.
kita boleh lihat sendiri anak kita atau adik kita satau sesiapa dibawah jagaan kita tentang aktiviti mereka dalam rumah. saya pasti dengan perkembangan ini kerana saya banyak memerhati anak anak saya sering mengikuti rancangan tv kegenaran mereka. menonton tv hingga leka bermain.
pemerhatian saya kepada pelajar lain yang kurang minat membaca juga berakhir dengan minat menonton tv menjadi pilihan mereka sebagai ganti membaca buku, mereka akan mendahului rancangan tv dari menyiapkan tugasan yang diberikan. bila habis rancangan tv barulah mereka akan merujuk tugasan yang perlu mereka buat.
walaupun mereka menyiapkan tugasan mereka, kerja yang mereka lakukan tidak dilakukan dengan sempurna hanya sekadar siap. janji siap. mutu kerja mereka rendah kerana mereka tidak membaca buku untuk rujukan tugasan yang dibuat. mereka ini hanya menyiapkan kerja dengan pengetahuan yang ada pada mereka.
mereka tidak mampu lagi membuka buku kerana menjadi satu masalah besar kepada mereka kerana minat mereka tidak ada. mereka lebih meminati menonton.
menonton tv tidak perlu kepada apa kerja. penonton hanya berehat didepat tv sehingga rancangan itu selesai. itu pun kalau tidak ada rancangan lain selepas habis ranccangan itu. kalau rancangan yang disiarkan mengambil masa dua jam, maka dua jamlah mereka berada didepan tv.
dua jam mereka berada didepan tv akan membuat mereka tidak sedar dengan persekitaran mereka. tumpuan penuh kepada rancangan itu membuat mereka terpaku.
waktu itu mereka tidak menggunakan fikiran mereka secara ilmiah kerana rancangan yang mereka tonton tidak memerlukan mereka berfikir sejauh itu. mereka hanya akan melihat sahaja tanpa berfikir sangat.
bentuk penggunaan fikiran ini tidak memberi kecergasan kepada otak kita kerana kita hanya melihat sahaja benda bergerak depan kita. dengan kata lain kita akan menjadi pasif. kita tidak mampu bertindak kerana kita terbiasa dengan melihat sahaja apa yang berlaku didepan kita, ini kebiasaan yang kita lakukan sepanjang hari kita.
kejadian yang berlaku kita tidak dapat terlibat kerana kebiasaan kita menonton. keadaan itu pun kitra akan berada dalam situasi yang sama. kita hanya akan melihat sahaja apa yag berlaku tidak tergerak untuk bertindak.
ramai antara kita yang pasif dalam kerja yang dilakukan setiap hari. kita terkadang tidak sedar kita tidak menjalankan kerja dengan kesungguhan kerana kita terbaisa dengan melihat sahaja. setiap hari kebanyakan dari masa yang kita habiskan dengan menonton dan kita hanya tercegat sahaja didepan tv dengan melayan perasaan mengikut mud ccerita yang kita tonton.
pengalaman saya ketika pergi menonton filem dipanggung. setelah habos cerita yang ditayangkan, masa untuk keluar dari panggung saya rasa kebingungan bila keluar dari panggung. saya jadi tidak melihat dengan baik kerana satu jam setengah saya menonton wayang membuat saya tidak dapat berfikir dengan baik bila saya keluar dari panggung. dengan cahaya yang bertukar terang dengan tiba tiba dan masih dengan mud cerita yang saya tonton tadi membuat saya tidak waras seketika. perlu masa bertenang dengan menukar mud kepada rialiti.
itu baru satu jam setengan saya menonton, bagaimana kalau kita menonton seharian dengan rancangan yang dikira menarik sepanjang hari.
msim perayaan ketara sangat dengan rancangan yang menarik sepanjang hari sehingga anak kita yang minat dengan siaran tidak mahu meninggalkan rumah sanggup tinggal seorang dirumah demi siaran yang ditayangkan banyak yang menarik.
kesan kepada aktiviti ini akan memberi masalah kepada kita kerana kita akan menjadi pasif tanpa kita sedari. seperti dibincangkan tadi minat kita kepada membaca akan menjadi masalah. ramai daripada kita lebih gemar menonton tv dari membaca. kesan inilah yang membuat kita mendapat satu penyakit baru dalam masyarakat kita.
pendapat saya dari hasil pengalaman bersama beberapa orang yang saya perhatikan menjadi rujukan pemerhatian saya. mungkin bijak pandai boleh membincangkan lebih lanjut fenomena ini.
No comments:
Post a Comment