Thursday, April 8, 2010

hidup yang sukar

hidup dalam keadaan yang sukar, kalau tak biasa akan merasa keperitannya. tak siapa yang memilih hidup dalam keadaan sukar.

kita akan mengelak dari mendapat kesukaran walau sedikit atau sekejap pun. apa yang kit atahu kesukaran adah perkara yang kita tidak ingini. perkara yang diajar untuk mengelaknya. tidak ada siapa yang mencadangkan kita menerima kesukaran sebagai sebahagian dari hidup kita.

kesukaran adala sebahagian dari hidup kita. tidak ada tempat yang dapat kita lari dari kesukaran. ia akan sentiasa ada dimana mana saja. Allah jadikan manusia ini hidup dalam kesukaran kerana kesenangan itu bukan dibumi ini, tetapi diakhirat.

sebanyak mana kesukaran yang kita hadapi terpulang kepada pengalaman kita atau kedudukan hidup kita. bagi orang yang susah kesukaran tidak menjadi masalah dalam hidup meraka kerana mereka telah susah sejak mengenal hidup ini. mereka hidup dalam susah dan ssah adalah sebahagian dari hidup mereka.

bagaimana mereka yang hidup dalam kesenagan dan jarang menghadapi sukar dan susah. sentiasa selamat dari kesukaran dan sentiasa mengelak dari mendapat kesukaran. tidak kira apa cara sekali pun kesukaran mesti dielak.

yang menjadi persoalan kita sekarang semantap mana kita dapat menghadapi kesukaran dan kesusahan. kesukaran dan kesusahan yang pasti kita tidak dapat mengelaknya jika ia datang kepada kita. sebijak mana kita hadapinya menjadi ukuran hidup kita.

ramai manusia yang tidak faham dengan susah dan sukar ini. ia sebenarnay sebahagian dari hidup kita. ia tidak boleh terpisah dari hidup kita. ia lumrah hidup. apa saja yang kita buat kita akan menghadapi kesukaran sepanjang masa. kita tidak akan selesai dengan susah ini.

janganlah kita mengelak dari susah ini. ia adalah hidup kita. ia sentiasa bersama kita.

terimalah susah itu sebagai hidup kita. belajarlah menghadapinya. belajarlah bagaimana mengharungi susah agar kita biasa dan bersedia dengan susah ini. susah bukan musuh kita tapi susah adalah hidup kita. bila kita susah kita sedang menjalani kehidupan normal.

belajarlah menghadapi susah ini dengan kesabaran dan bijaksana. bila kita dapat menyelami susah ini kita akan aman walau susah itu datang. kita dapat hadapinya dengan kesabaran. lama kelamaan kita tidak sedar bahawa kita sedang dalam kesusahan dan kita menjalani hidup kita dengan aman tanpa ransa kesusahan atau kesukaran itu.


No comments:

Post a Comment