Wednesday, April 14, 2010

Anak yang dibuang

Kedengaran lagi pembuangan bayi berlaku dan disiarkan dalam akhbar. kejadian seumpama sering menghantui masyarakat akhir akhir ini. sukar untuk mengesan manusia yang berhati busuk ini. sedangkan penonjolan mereka dapat dikesan dengan perubahan diri.

pandangan saya ini terjadi kerana pandangan masyarakat yang kurang peka dengan perubahan persekitaran. banyak perkara yang berlaku tidak diambil hirau atau tindakan yang sewajar bagi membendung gejala tidak sihat ini.

seringkali perkara ini diambil remeh oleh masyarakat kerana sifat tidak ingin ambil tahu hal orang. kalau kita tak nak orang ambil tahu hal kita, jangan ambil tahu hal orang lain.

anggapan ini telah membawa masyarakat yang semakin rosak dan tenggelam dengan perbuatan durjana.

anak yang tidak mampu dijaga kerana mereka telah dewasa dan tidak sukar ditegur. setengahnya memarahi balik abubapa yang menegur. tak mahu bergaduh dengan anak di pekakkan telinga dan dibutakan mata. anak bebas lakukan apa saja.

apa yang menyedihkan lagi perkara ini tidak ada yang tahu bahawa anak perempuan meraka telah mengandung sedangkan mereka tinggal sebumbung. anak bebas keluar masuk rumah tannpa diketahui perubahan fisikal anak.

lebih teruk lagi anak mereka bersalin dalam bilik pun tidak diketahui keluarga. bayi yang dilahirkan dibuang selepas bersalin. sedar sedar terjumpa dalam tong sampah. bayi itu mati tanpa belas kasihan. takut dimarahi keluarg dan mali diketahui masyarakat.

sukar memikirkan keadaan ini kerana apa yang berlaku sudah menjadi perkara yang tidak membimbangkan lagi kepada manusia yang terlanjur ini. apa yang penting sekarang adalah tiada siapa yang tahu perbuatan terkutuk ini.

usaha mengatasi masalah ini sedang dilakukan. tapi setakad mana. apakah usaha ini membaiki ranting atau mengubah pangkalnya. kalau sekadar membaiki ranting, tak usah buang masa dan wang ringgit pembayar cukai. kerja yang dilakukan hanya sekadar menjalankan tugas kerana jawatan yang diberi. pendapatan sudah lumayan. setakad mana kejayaan tidak dikisah kerana bukan masalah mereka. mereka ini hanya menjalankan tugas sekadar sahaja.

nanti beberapa ketika akan ada orang lain yang akan ganti jawatannya, orang itu pala yang akan berusaha menjalankan tugas yang sama ini. begitulah seterusnya kerja yang tidak pernah selesai dan berhasil. duit pembayar cukai yang habis dibelanjakan untuk usaha yang tidak mendatangkan hasil.

siapa yang patut diletakkan beban ini. kenapa tidak ada satu formula yang mampu dihasilkan dari buah fikiran orang orang yang bijak pandai atau ulamak. mereka ini semestinya mampu memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan dalam keadaan yang tidak menentu ini.

terlalu gusar sekarang bila memikirkan gejala membuang bayi menyebabkan bayi ini mati sia sia.

bertanggung jawablah wahai masyarakat. jangan dipandang sahaja kemungkaran yang berlaku dihadapan kita. laporlah kepada pihak berwajib agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. bekerjasama dengan mereka mebenteras kemungkaran.

kalau ini terjadi kepada anak kita tentu sukar untuk kita hadapi. tentu masyarakat memandang serong kepada kita kerana gagal mendidik anak. malu akan menghantui kita.

pendidikan anak ini juga satu isu yang masyarakat tidak faham kepentingan untuk mengelak perkara pincang dalam masyarakat.

teruk sekali persekitaran masyarakat kita jika ini berleluasa dan gagal dibendung. perbuatan sumbang tidak lagi sukar dilakukan. ia seolah mendapat restu dari masyarakat disebabkan perkembangan masa dan kemodenan.


No comments:

Post a Comment