kalau dilihat remaja sekarang yang rata rata mempunyai satu gaya hidup yang baru jauh bezanya dengan 90an dan 80an. Remaja sekarang tidak lagi berada dalam rumah membantu keluarga dengan aktiviti dirumah. Bersama keluarga menjalani kehidupan seperti 10 atau 20 tahun dulu.
Remaja abad baru ini banyak memenuhi masa mereka diluar rumah. Aktiviti yang dilakukan tidak lagi dengan keluarga. mereka banyak bergaul dengan kawan yang mempunyai sama minat. Ada yang boleh dibanggakan dengan pencapaian mereka kerana mampu melakukan aktiviti tanpa perhatian keluarga. Keluarga tidak bimbang dengan kegiatan yang dilakukan dan merasa senang dengan anak-anak mereka.
Masalah yang timbul sekarang adalah remaja yang menjalankan kegiatan diluar rumah tanpa pengetahuan keluarga. Kegiatan mereka sukar dikesan kerana kegiatan mereka tersembunyi dari terlibat dengan masyarakat. Ramai remaja tidak suka berada dalam kalangan masyarakat. Mereka tidak suka ditegur kalau kegiatan mereka tidak disenangi masyarakat.
Remaja ini akan mencari tempat yang tidak diganggu masyarakat. masyarakat juga tidak sedar dengan kegiatan mereka dan tidak tahu apa yang dilakukan remaja ini.
Kegiatan remaja seperti ini membimbangkan kerana ramai remaja yang berada dalam bahaya melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Remaja ini tidak lagi bimbang dengan kegiatan mereka kerana tidak ada siapa yang tahu atau ambil peduli apa yang mereka lakukan. remaja ini bebas menjalankan kegiatan mereka tanpa gangguan masyarakat sekeliling.
Semakin lama kegiatan yang mereka jalankan semakin berani remaja menonjolkan diri didepan masyarakat kerana mereka telah mendapat penyertaan ramai dan masyarakat tidak lagi mampu mengawal kelakuan mereka. Mereka bebas bergerak dimana saja.
Remaja ini akan bergerak secara berkumpulan dan bebas melakukan kegiatan mereka. Masyarakat tidak mampu lagi menghalang mereka kerana mereka telah ramai dan semakin berani. Masyarakat sekeliling tidak lagi menjadi masalah kepada mereka kerana mereka tahu masyarakat tidak mampu menghalang atau menegur mereka bila mereka dalam kumpulan yang besar.
Begitulah berlaku kepada mat rempit yang diperkatakan sekarang. mat rempit ini bergerak secara berkumpulan. Mereka semakin berani bila berada dalam kumpulan. Masyarakat tidak mampu menegah kegiatan yang meraka lakukan kerana mereka berani melawan dengan teguran. malah aada yang menerima akibat teruk dari teguran yang buat.
Ada kereta yang dicalar, tayar dipancitkan dengan dendam kerana menegu perbuatan mereka. Masyarakat tidak lagi mengambil hirau dengan kegiatan mat rempit ini kerana tidak mahu bencana keatas harta mereka. Lantaklah dengan apa kamu nak buat asal jangan ganggu harta aku.
Perkaa ini berlanjutan sehingga kepada melibatkan kerajaan. Krrajaan juga mengalami kesukaran untuk mengatasi masalah yang semakin menular dikalangan remaja. Semakin parah dengan banyak lagi kegiatan remaja yang bermacam-macam timbul. tak selesai dengan satu hal timbul lagi dengan satu hal lain.
No comments:
Post a Comment