Friday, April 23, 2010

aku seorang pemilih

aku seorang pemilih. apa yang aku perlukan. apa yang aku nak dari wakil yang bertanding. pemilihan aku berdasarkan parti atau keperibadian calon itu.

ramai pengundi yang tidak sedar mereka mempunyai tanggungjawab besar salam tugas memilih wakil untuk memerenteh negara atau negeri. pemilihan mereka selalunya mengikut emosi waktu itu. ramai pula yang kecewa dengan wakil yang bertanding selepas melihat prestasi selepas musim pengundian.

saya berbicara disini bukanlah sebagai seorang yang ilmiah dalam tajuk ini, tetapi sebagai seorang rakyat biasa yang kebanyakan mempunyai pemikiran yang sama. taraf pendapat saya ini tidaklah boleh diambil sebagai seprang yang pandai dalam bidang ini.

saya hanya mengambil pendekatan bagi seorang rakyat biasa seperti kebanyakan yang lain. perbicaraan ini bukan berada dipihak yang memberi panduan tetapi dipihak yang membuat keputusan atau dipihak rakyat. paparan saya disini adalah apa yang difikirkan oleh kebanyakan rakyat yang membuat pilihan.

kebanyakan pengundi memilih calon bertanding adalah mengikiu perasaan waktu itu. jika pihak yang merayu undi datang dan memberi habuan atau memberi keperluan kami, maka kami akan gembira dengan mereka dan mengambil keputusan mengundi mereka. walau pun pemberian tidak seberapa tapi perasaan kami merasa gembira dengan pemberian ini.

soal kemampuan calon menjalankan tugas tidak menjadi perkiraan kami kerana kami tidak mahir menilai seorang calon yang mampu menjalankan tugas atau tidak. bukan disitu kemampuan kami. kadang kadang kami tidak kenal pun batang hidung mereka ini. hanya pada musim mengundi mereka timbul. diperkenanlkan oleh parti dengan parti memberi keyakinan kemampuan calon menjalankan tugas.

kenapa kami gembira dengan pemberian yang mereka perayu undi beri, kerana kami jarang mendapat pemberian sebegini. dalam masa lima tahun sekali sahaja kami dilayan begini diberi dan dihormati. hari lain belum tentu kami mendapat layanan sebegini. kami juga mengamil kesempatan musim begini untuk mendapat habuan sebanyak mungkin.

kadang kadang kami terpengaruh dengan pemberian mereka ini kerana macam terhutang budi. kerana kesungguhan mereka memberi layanan kepada kami kami macam gembira dengan mereka. gembira juga kami untuk memberi undi kepada mereka ini. kami tidak kenal pun calon yang bertanding. kami tidak ambil pusing pun dengan syarahan yang meraka laungkan dalam ceramah yang giat dijalankan. perhatian kami waktu itu adalah apa yang kami dapat musim mengundi ini.

selepas musim mengundi kami pasti tidak akan mendapat layanan sebegini lagi dan tidak akan dijenguk lagi oleh sesiapa pun. kami akan menjadi rakyat seperti biasa menjalanai kehidupan seperti sebelum ini. entah apa yang meraka buat dengan kemengan yang mereka dapat itu kami pun tidak tahu. kami tidak mampu memantau kerja kerja mereka adakah seperti yang mereka janjikan dalam syarahan mereka dulu.

manalah kita rakyat yang kekurangan ini nalk memantau kerja kerja mereka samada menjalankan tugas dengan baik atau tidak. kalau mereka bagus, baguslah bagi kami. kalau tidak bagus rugilah pilihan kami. bila sampai musim mengundi lagi masa depan tengoklah bagaimana layanan merka kepada kami. kalau baik dapat lagi undi.

kalau kami dapat tahu dan terbukti mereka ini tidak menjalankan tugas membela kami dengan baik, kami tidak lagi bersetuju jika dicalonkan semula musim pengundian akan datang.

ada yang mengajar kami memilihlah kerana parti. partilah yang memerentah negeri atau negara. kalau memilih parti kita tidak kenal atau tidak tahu asal usul calon yang bertanding pun tak apa. kita hanya memilih parti yang mereka wakili. tettapi bila kita hendak berurusan kepada calon ini juga yang kita akan berdepan. kalau kita tidak kenal mereka susah untuk kita mendapat pertolongan. tambahan kalau calon itu seorang yang liat dengan rakyat atau bukan jenis yang suka membantu rakyat.

kemampuan kami terhad untuk berada pada satu situasi memikirkan dan mengkaji calon yang bertanding. tak tahu mana yang lebih penting samada memilih calon atau memilih parti. kami juga yang menanggung aklau calon yang kami pilih mengambil kesempatan atas kuasa yang kami beri.

mendengar cerita merugikan duit cukai kami pun satu kehampaan bagi kami walau tidak memahami secara mendalam. kami fa

No comments:

Post a Comment