apa lagi yang kamu cari didunia ini. bukti didepan kamu sekarang. kamu lihatlah sendiri. kamu sendiri boleh merasainya. mengapa kamu sukarkan diri mencari bukti kewujudan dunia ini ada pencipta atau tidak. mengapa kamu mengambil jalan sukar untuk memahaminya.
sejak dari dulu lagi keajaiban terserlah didunia ini. mereka masih mencari. mereka mencari petunjuk yang ada didepan mata mereka sendiri.
ia hanya sekumpulan kertas yang bertulis. tidak ada makna jika kamu melihatnya saja. ia akan menjadi usang dan hilang begitu saja. kamu tidak akan tahu jika kamu tidak membacanya dengan hati yang kusyuk. ia mampu musnah seperti benda lain didunia ini.
bacalah. kamu akan tahu apakan benda ini. jika dipandang ia tak ubah seperti benda lain. ia bersifat musnah dan tidak tahan lama.
bila kamu membacanya kamu akan tahu apakah keajaiban benda ini. kamu akan dapat melihat kebesaran penciptanya. tiada bandingan. hasil bacaan kamu itu hanya kamu saja yang tahu keajaiban itu.
penciptanya adalah Allah taala. nama kebesaran yang kamu telah tahu tapi kamu tidak dapat mencari bukti kebesaranNya. kamu hanya mendengar sahaja dari mulut orang lain. kamu tidak pasti dengan kebenaran kerana kamu telah diajar mempercayai jika ia berlaku atau ada didepan mata kamu atau berlaku pada diri kamu,
betapa sukarnya untuk membuktikan kebesaran Allah. manusia perlukan bukti jelas untuk betul betul percaya kebesaran Allah. Allah telah menurunkan bukti kebesarannya kepada kamu. mengapa masih tadak dapat kamu melihat dan merasainya sendiri.
kamu terlalu jahil dengan kebesaran Allah. kamu jahil mencari Tuhan kamu . kamu sendiri tidak tahu dimana kamu boleh berjumpa dengan Tuhan kamu agar kamu dapat meminta pertolongan Nya.
kamu tidak tahu bagaimana Allah memberi kepada kamu. dengan penuh yakin bahawa pemberian itu seperti apa yang ibu kamu beri bila kamu meminta sesuatu kepadanya. itu pemberian pada pengertian kamu.
sedarkah kamu bahawa kamu sekarang sedang berbincang tentang ketuhanan Allah taala. janganlah kamu menyekutukan perbuatanya dengan perbuatan kamu. sudah pasti pemberian Allah taala berlainan dengan pengertian kamu tentang pemberian. sudah pasti berbeza dengan perbuatan kamu.
Allah memberi tetapi berbeza dengan pemberian yang kamu faham. perkara yang jelasnya kamu tidak akan faham dengan sifat pemberi Allah. sebab itu kamu menganggap Allah susah memberi kepada manusia sepert kamu.
Allah tidak membezakan manusia dimuka bumi ini. semuanya sama. semua mendapat pemberian dari Nya. bagi kamu tidak adil manusia tidak diberi sama rata oleh Allah. itulah yang dimaksudkan kamu tidak faham dengan sifat pemberi Allah taala.
usah kamu persoalkan pemberian Allah taala kepada manusia dibumi ini. kamu tidak akan faham dengan kebijaksanaan Nya. seharusnya kamu tahu bahawa kamu dalam perhatian Allah yang mengasihi dan menyayangi sifat Nya.
bacalah pemberian Allah kepada kamu. jangan kamu persoalkan benda apa yang Allah suruh baca tapi tidak tahu erti dan maknanya.
bacalah dan kamu akan tahu apa yang dimaksudkan dengan suruhan membaca. tidak perlulah kamu mendalami pengertian bacaan kamu itu kerana pintu hati kamu hanya Allah yang menjaga nya. biar Dia yang membuka pintu hati kamu dengan kehendak Dia.
bacalah al Quran al Karim. itulah bukti kebesaran Allah kepada kamu. kamu tidak akan mengenali Allah jika kamu tidak membaca masej Nya. masej Allah adalah terunggul. suatu yang sepatutnya ada dalam hati kamu.
bacalah dengan nama Allah dan kebesaranNya. kamu akan jumpa apa yang kamu cari.
tidak rugi mencuba dengan membuktikan kepada hati kita bahawa aku mencari kebesaran untuk menyakinkan diri aku bahawa al Quran adalah pemberian paling agung Allah kepada manusia.
manusia buta mencari kebesaran Allah. terlalu angkuh untuk membaca firman Allah khas untuk manusia. banyak yang Allah sampaikan kepada manusia untuk kesejahteraan manusia sendiri.
kamu akan merasai kebesaran Allah bila kamu membaca al Quran dengan kesungguhan.
bacalah, kamu akan mampu bercakap kepada orang lain apa yang akan kamu rasai. kebesaran yang Allah beri.
semoga Allah membuka pintu hati kamu seluas nya untuk melihat kebesaran Allah
sekadar pendapat diri yang pernah merasai apa yang dibincangkan. walaupun jahil tapi masih mampu merasai kebesaran Allah kerana saya yakin Allah membuka pintu hati ini
wassalam
No comments:
Post a Comment