Friday, April 30, 2010

Fitnah?

Sesiapa saja boleh memfitnah. Ada yang tidak sedar dia sedang buat fitnah. Nak sedapkan cerita dia kena buat cerita lebih dari apa yang dia dengar. Kalau tak cerita yang disampaikan itu tidak sedap.

Kalau boleh cakap fasal buruk orang memang sedap didengar. Cerita yang disampaikan memang ramai yang hendak didengar. Orang nak dengar fasal buruk sesaorang. Kalau fasal baik tak berapa nak percaya. mungkin penyampai itu telah menambahkan cerita yang disampaikan.

Sudah terbalik jadinya. Sepatutnya kita jangan membesarkan aib orang kerana itu akan membawa bencana kepada masyarakat. Kalau benar dengan sifat buruk yang diceritakan biarlah ramai yang tahu dan memang patut diberitahu kerana mengelak orang lain terkena dengan perangai buruk dia itu.

Sesiapa saja buleh buat cerita. Tapi cerita yang disampaikan kena tepat dan tidak menambah. Biar ada orang yang setuju atau juga mendengar cerita itu. Kalau ramai yang tahu satu satu cerita itu bermakna cerita itu kemungkinan besar benar.

Jangan amalkan membawa cerita yang tidak pasti dengan kebenarannya. Kalau kita mendengar seinci cerita itu maka seincilah kita bawa atau bertanya kesahan nya. Jangan ditambah kerana tambahan itu akan membawa fitnah.

Orang yang diceritakan perihal nya tentu mendapat aib kerana perihal nya diperkatakan ramai lebih teruk laagi dia tidak seperti yang diperkatakan. Orang ini akan mendapat malu dan dia perlu memepertahankan cerita yang dibawa itu adalah fitnah dan dusta. orang ini akan mendapat malu dan mengganggu kehidupan biasanya bila mengetahui dia telah difitnah.

Hasil kejadian adalah sedikit sahaja dengan menambah cerita untuk menjadi sedap didengar da n untuk menarik perhatian orang yang mendengarnya. Lama kelamaan berita itu dibawa dengan cerita asalnya tidak lagi kedengaran hanya cerita baru disampaikan. Semakin buruklah orang itu dengan cerita yang ditambah tambah. Membawa kerosakan kepada kehidupan orang itu dan dia akan terganggu dengan cerita fitnah itu. Lebih teruk lagi kalau orang yang difitnah itu tidak berpeluang membela diri dan membetulkan cerita itu semula.

Perkara yang pada mulanya kecil telah menjadi besar dan membawa keaiban kepada orang

No comments:

Post a Comment