Thursday, April 8, 2010

melihat dan memahami sendiri

saya ada berbual dengan rakan yang berkisar kepada politik akar umbi. istilah yang saya kira merujuk kepada mengambilkira pendapat orang bawahan kita.

dalam perbincangn itu kawan saya bertanya bagaimana kita nak membaik pulih sistem pengurusan parti peringkat bawah yang kelihatan berserabut. beliau juga antara orang yang sentiasa memberi laporan kepada pihak atasan. saya pun tidak faham denga tugas beliau dan saya tidak bertanya bagaimana belaiu menjalankan tugasnya,

dalam perbualan itu saya tik menjawab terus apa yang disoalkan itu. saya terfikir kenapa saya yang ditanya nya. saya ni bukan nya tahu apa-apa dalam politik. saya rasa dia pun tahu yang saya bukan arif dan tik terlibat lansung dengan politik. malahan dia telah puluhan tahun dalam politik.

dalam dia bercerita pengalaman politiknya saya tersedar bahawa dia dengan tidak sengaja menceritaka kepincangan pergerakan akar umbi. saya cuba menarik perhatian beliau masalah yang dihadapi peringkat akar umbi adalah dari apa yang diperkatakan tadi.

saya menimbulkan persoalan mengapa peringkat akar umbi gagal memainkan peranan dan ramai tidak mencapai target yang dikehendaki. dia termenung sebentar. cuba mencari jawapan.

saya terus dengan pendapat saya tanpa menunggu jawapan dia. pendapat saya akar umbi tak cukup makan dan mereka mencari nafkah hidup mereka dengan membuat kerja-kerja parti. mereka jalankan tugas mereka bukan kerana jiwa mereka berjuang kerana parti. matlamat penting mereka adalah mendapat habuan sebanyak mengkin.

telah diketahui ramai umno mempunyai peruntukan banyak untuk menggerakkan parti. mereka tahu bos mereka akan mempunyai banyak duit untuk menggerak jentera parti. ini dilihat sebagai peluang untuk cari makan.

perjuangan untuk parti perkara kedua. yang penting berapa banyak kewangan dapat dikumpul masuk poket. tidak penting dari mana bos mereka dapat kewangan yang penting mereka yakin bos mereka akan dapat banyak duit untuk menggerak jentera parti. kalau bos mereka tak dapat peruntukan kewangan atau seorang yang tidak mempunyai duit yang cukup, tak ada siapa yang akan membantu bos ni menjalankan tugasnya atau menggerakkan jentera parti.

setiap tugas yang hendak dibuat perlukan kepada modal. kalau bos tak dapat hulur tak ada kerja yang hendak dibuat. tak ada duit tak ada kerja.

persoalannya sekarang adakah duit yang disalurkan kepada akar umbu itu sampai kepada sasaran yang dikehendaki. kebanyakan cerita yang kita dapat tahu sebelum sampai kepada sasaran sebahagian dari peruntukan itu masuk poket dulu. sebahagian kecil sahaja yang disalur mengikut perancangan asal

sasaran memerhatikan tindak tanduk akar umbi ini buat kerja. sasaran tidak pandai membuat laporan kepada pihak atasan mungkin sebab-sebab tidak pandai atau tidak mahu berkecil hati dengan akar umbi ini. akhirnya sasaran ini hanya berdiam diri dan membuat protes secara diam tidak menyokong.

kenapa akar umbi bertindak begini. kupasan sebenar adalah disini. kebanyakan akar umbi yang buat kerja ini adala dari yang tidak menpunyai pekerjaan tetap dan memerlukan kewangan untuk sara hidup. apa yang meraka nampak adalah kewangan yang akan mereka dapat untuk jalankan kerja nanti.

mereka sudah dapat peruntukan dari bos mereka, maka sebahagian dari peruntukan itu masuk poket dulu. yang penting duit belanja persendirian dulu. sasaran lihat saja berapa banyak lagi yang ada. kalau ada sikit, sikitlah yang akan diberi kepada sasaran.

target sebenar peruntukan kepada sasaran tidak tercapai. menimbulkan rasa tidak puas hati sasaran. sasaran membuat protes secara diam.

bila keputusan pengundian bos ini tidak mencapai keputusan yang baik atau kalah. yang dipersalahkan adalah sasaran yang tidak menyokong dalam pengundian. sasaran ini akan diperlakukan dengan tidak adil dan teraniaya.

sasaran tidak lagi suka dengan bos ini kerana berdendam dengan sasaran yang teraniaya sejak dari awal lagi.

telah jelas dimana kepincangan dalam jentera parti.

saya mencadangkan perubahan perlu bermula dari peringkat akar umbi lagi




No comments:

Post a Comment