Monday, April 19, 2010

pilihan rakyat

ramai rakyat tidak tahu dengan perangai pemimpin politik mereka. rakyat selalunya melihat dalam siaran tv dan baca akhbar. itu pun kalau adda berita tentang mereka. jika tiada berita maka tidak ada apa yang rakyat dapat tahu dengan perkembangan mereka.

apa yang mereka lakukan tidak mendapat liputan untuk rakyat menilai prestasi mereka. dimana mereka ketika ini. rakyat seolah kehilangan pemimpin yang mereka sokong dulu.

dikatakan pemimpin ini terlalu sibuk dengan tugas yang dijalankan tapi dimana rakyat dapat melihat pemimpin mereka sedang bertugas. rakyat ingin berbangga dengan pemimpin mereka menjalankan tugas memimpin negara dengfan kehebatan mereka seperti di war warkan waktu berkempen dulu.

rakyat ingin melihat pemimpin mereka dan memuja pemimpin mereka kerana berangapan pemimpin mereka dapat memberi kebaikan seperti yang diberitahu dalam kempen dulu.

parti pernah menawarkan jika parti kita menang parti kita akan membina kemajuan untuk kesejahteraan penduduk disini. parti akan menyediakan kemudahan yang akan meningkatkan mutu kehidupan tempatan, banyak pembangunan yang ditawarkan akan dibina jika mendapat kemenangan. bagaimana jika kalah... bagaimana dengan penyokong yang bekerja keras sepenuh hati. dilupakan begitu saja. kesihan mereka...

rakyat kehilangan pemimpin selepas menang pilhanraya. rakyat tidak lagi mendengar berita pemimpin yang diangkat oleh parti. rakyat mengundi pemimpin ini kerana dijamin oleh parti. parti memberi jaminan bahawa calon ini akan bekerja keras untuk membela rakyat tempatan.

kemana perginya pemimpin ini. rakyat ingin mengetahui perkembagan kemajuan yang diusaakan oleh pemimpin ini.

sayangnya tidak ramai pemimpin yang mampu memberi jaminan bahawa mereka boleh lakukan kerja tanpa membelakangkan rakyat yang menyokong parti yang mereka tangdingi.

bukan semua calon yang bertanding mampu menarik sokongan rakyat tanpa disokong oleh kekuatan parti. rakyat mengundi pemimpin ini atas jaminan parti bahawa wakil ini adalah pilihan parti yang akan membantu parti membangun kepentingan rakyat.

rakyat ingin melihat kelibat pemimpin ini bersama rakyat. rakyat ingin memastikan bahawa pwmimpin ini seperti yang digambarkan oleh parti.

kepercayaan kepada parti berkurangankerana kepincangan pemimpin yang jamin oleh parti ini. sebab itulah berlaku kemenangan yang tidak banyak mejoritinya dan kalah jika ada pemilihan baru ditempat itu.

pemimpin yang tidak mendapat tempat dihati rakyat. parti yang memberi jaminan tidak akan mendapat kepercayaan rakyat dan ragu ragu dengan pilihan parti akan datang.

No comments:

Post a Comment