Friday, April 30, 2010

Maha Memberi ( al Wahhab )

Al Wahhab adalah nama Allah iaitu asma' yang ke 17. Maknanya adalah Yang Maha Memberi. Allah taala mencurahkan rahmat Nya kepada semua makhluk. Dia maha pemberi. Tiada bandingan bagi Nya.

Allah mengajar kita sentiasa menyebut nama Nya untuk mendapat rahmat yang melimpah. Sesiapa sahaja yang meminta kepada Nya akan mendapat pemberian Nya.

Antara rahmat yang Allah kurniakan kepada kita seperti:

1 Menjadi kaya dan terkenal
bila membaca Ya Wahhab sebanyak 300 kali setiap hari atau selepas sembahyang fardhu, Insyaallah akan diberi Allah kekayaan kemakmuran dan kemasyuran kepadanya. jika kita mengamalkan solat dhuha dan membaca Y Wahhab 41 kali disujud terakhir, Insyaallah Allah akan rahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali

2 Permintaan dimakbulkan
sesiapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, Insyaallah permintaannya akan diperkenankan Allah. Jika membaca 100 kali dengan tangan menadah kelangit, doa anda akan dimakbulkan.

3 Mencari pekerjaan
Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah ia mengamalkan solat sunat kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangkakan yang mana dia sendiri tidak menjangkakan

4 Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada duit untuk membayarnya, kerjakanlah sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap khamis, selepas maghrib dan insyak. Kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab sebanyak 111 kali

Kemudian hendaklah dia membaca Al Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut turut (tiga Khamis). Insyaallah keperluan anda akan disediakan dan hutang akan dapat dilangsaikan

5 Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab sebanyak 41 kali disujud terakhir solat Zohor, Insyaallah anda akan tidak akan merasa lapar

6 Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab selepas doa pada bila bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan pwemintaan anda akan diperkenankan Allah. Insyaallah

7 Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat ditengah malam. Insyaallah Allah akan bebaskan atau mendapat rezeki yang banyak

No comments:

Post a Comment