Friday, April 23, 2010

jujur dengan diri sendiri

mampukah aku jujur dengan diri aku sendiri. setiap kali aku lakukan sesuatu aku sering berperang dengan diri bahawa perbuatan aku ini tidak salah dan aku memilih jalan yang betul.

aku tahu perbuatan atau pilihan yang aku buat salah dan tidak boleh dilakukan. disebabkan aku tidak mahu berpatah balik secara tidak lansung aku menghalalkan perbuatan itu.

bila berbahas dengan sesiapa pun aku tidak mampu menjadi seorang yang jujur . aku tidak jujur dengan pendapat aku sendiri. aku akan pertahankan walau aku sendiri mengetahui pendapat aku itu salah atau tudak kukuh.

akau tidak mahu mengalah dan sanggup berbohong kepada orang juga kepada diri sendiri bahawa pendapat atau perbuatan yang aku pilih itu adalah betul. dalam hati kecil aku mengatakan bahawa aku telah melakukan kesilapan. aku sukar membetulkan orang lain.

ago aku terlalu tinggi hingga sanggup aku membohongi diri sendiri. aku sanggup menghalalkan perkara yang aku tahu adalah haram. kerana aku tidak mahu berpatah balik aku biarkan perbuatan itu tampa memohon maaf. aku berlaku salah tapi aku menghalalkan perbuatan aku.

dalam percakapan aku banyak menipu. ini kerana aku tidak mahu orang tahu bahawa aku melakukan kesalahan. aku juga menipu untuk menelak dari perkara yang berlaku dibincang berlarutan. aku tidak bersikap jujur walaupun aku sepatutnya memberitahu kebenaran.

aku seolah tidak mahu membinangkan masalah atau kesilapan, aku menipu dan membohongi diri sendiri bahawa aku melakukan perkara yang dibolehkan. pembohongan itu berlanjutan seehingga ia dilupakan begitu saja.

aku takut membincangkan perkara itu kerana sudah pastinya aku yang akan dipersalahkan. aku tidak mampu mendengar aku dipersalahkan dengan ayat ayat yang panjang berjela atau kemarahan yang akan membawa merenggang keakraban. kalau aku bercakap benar belum tentu aku akan terus menjadi sahabat.

perkara yang aku takut untuk terjadi. aku cuba mengelak terputusnya persahabatan, aku menipu mereka dan aku juga menipu diri aku sendiri. aku tidak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan keadaan ini. sampai bila aku akan terus menipu diri sendiri.

aku tidak sepatutnya menghalalkan perbuatan salah yang aku lakukan. aku sepatutnya mengakui perbuatan yang aku lakukan itu adalah salah. hanya mengakui perbuatan itu salah. tidak menipu diri bahawa aku harus menipu untuk kebaikan. aku perlu berubah untuk itu.

paling teruk aku perlu jujur kepada Allah. aku melakukan dosa kepada Allah. aku perlu jujur yang aku memang melakukan dosa. aku tidak boleh mengabaikan perbuatan aku itu sebagai tidak bersalah. aku tahu Allah mengetahui perbuatan aku itu. aku masih berdegil tidak menghiraukan yang Allah itu tahu perbuatan aku itu.

bila aku mendengar pesanan dari bijak pandai bahawa kita perlu jujur dengan diri kita sendiri, aku masih membohongi diri ini. tidak hiraukan perbuatan salah aku ini. terlalu sukar untuk aku mengelak diri dari mrmbohongi dir sendiri. ini sudah menjadi tabiat yang tak dapat aku perbaiki.

aku perlu dorongan dari persekitaran untuk membantu aku jujur dengan diri ini. aku perlu keluar dari kepompong menipu diri sendiri dan bersikap jujur.

sukar sungguh dengan perubahan yang aku perlu lakukan ini. ya Allah bantulah aku.

aku teringat betapa degilnya aku dengan sikap aku ini sebelum aku melelapkan mata

No comments:

Post a Comment