Wednesday, April 14, 2010

Anak yang dibuang

Kedengaran lagi pembuangan bayi berlaku dan disiarkan dalam akhbar. kejadian seumpama sering menghantui masyarakat akhir akhir ini. sukar untuk mengesan manusia yang berhati busuk ini. sedangkan penonjolan mereka dapat dikesan dengan perubahan diri.

pandangan saya ini terjadi kerana pandangan masyarakat yang kurang peka dengan perubahan persekitaran. banyak perkara yang berlaku tidak diambil hirau atau tindakan yang sewajar bagi membendung gejala tidak sihat ini.

seringkali perkara ini diambil remeh oleh masyarakat kerana sifat tidak ingin ambil tahu hal orang. kalau kita tak nak orang ambil tahu hal kita, jangan ambil tahu hal orang lain.

anggapan ini telah membawa masyarakat yang semakin rosak dan tenggelam dengan perbuatan durjana.

anak yang tidak mampu dijaga kerana mereka telah dewasa dan tidak sukar ditegur. setengahnya memarahi balik abubapa yang menegur. tak mahu bergaduh dengan anak di pekakkan telinga dan dibutakan mata. anak bebas lakukan apa saja.

apa yang menyedihkan lagi perkara ini tidak ada yang tahu bahawa anak perempuan meraka telah mengandung sedangkan mereka tinggal sebumbung. anak bebas keluar masuk rumah tannpa diketahui perubahan fisikal anak.

lebih teruk lagi anak mereka bersalin dalam bilik pun tidak diketahui keluarga. bayi yang dilahirkan dibuang selepas bersalin. sedar sedar terjumpa dalam tong sampah. bayi itu mati tanpa belas kasihan. takut dimarahi keluarg dan mali diketahui masyarakat.

sukar memikirkan keadaan ini kerana apa yang berlaku sudah menjadi perkara yang tidak membimbangkan lagi kepada manusia yang terlanjur ini. apa yang penting sekarang adalah tiada siapa yang tahu perbuatan terkutuk ini.

usaha mengatasi masalah ini sedang dilakukan. tapi setakad mana. apakah usaha ini membaiki ranting atau mengubah pangkalnya. kalau sekadar membaiki ranting, tak usah buang masa dan wang ringgit pembayar cukai. kerja yang dilakukan hanya sekadar menjalankan tugas kerana jawatan yang diberi. pendapatan sudah lumayan. setakad mana kejayaan tidak dikisah kerana bukan masalah mereka. mereka ini hanya menjalankan tugas sekadar sahaja.

nanti beberapa ketika akan ada orang lain yang akan ganti jawatannya, orang itu pala yang akan berusaha menjalankan tugas yang sama ini. begitulah seterusnya kerja yang tidak pernah selesai dan berhasil. duit pembayar cukai yang habis dibelanjakan untuk usaha yang tidak mendatangkan hasil.

siapa yang patut diletakkan beban ini. kenapa tidak ada satu formula yang mampu dihasilkan dari buah fikiran orang orang yang bijak pandai atau ulamak. mereka ini semestinya mampu memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan dalam keadaan yang tidak menentu ini.

terlalu gusar sekarang bila memikirkan gejala membuang bayi menyebabkan bayi ini mati sia sia.

bertanggung jawablah wahai masyarakat. jangan dipandang sahaja kemungkaran yang berlaku dihadapan kita. laporlah kepada pihak berwajib agar mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. bekerjasama dengan mereka mebenteras kemungkaran.

kalau ini terjadi kepada anak kita tentu sukar untuk kita hadapi. tentu masyarakat memandang serong kepada kita kerana gagal mendidik anak. malu akan menghantui kita.

pendidikan anak ini juga satu isu yang masyarakat tidak faham kepentingan untuk mengelak perkara pincang dalam masyarakat.

teruk sekali persekitaran masyarakat kita jika ini berleluasa dan gagal dibendung. perbuatan sumbang tidak lagi sukar dilakukan. ia seolah mendapat restu dari masyarakat disebabkan perkembangan masa dan kemodenan.


pendapatan lumayan penulis blog

semalam saya ada terbaca dalam surat khabar memaparkan pendapatan lumayan seorang penulis blog. tak sangka penulis blog pun mampu memperolehi pendapatan begini.

saya merasa kagum dengan kejayaan yang dicapainya. ini memberi saya satu semangan untuk turut berkarya dalam penulisan blog.

menulis dalam blog juga satu hobi yang serius. dapat berkongsi pendapat dan idea dengan peminat blog. mereka ingin mendapat pandangan dan idea yang mungkin dapat memberi inspirasi dalam menjalankan kehidupan seharian.

dengan menulis blog saya mendapat kepuasan meluahkan perkara perkara yang saya kira penting untuk dikongsi bersama. saya juga membaca tulisan penulis blog lain yang lebih baik dari saya untuk menambahkan lagi kemahiran menyampaikan perkara perkara yang hendak dibincangkan.

bila saya menulis, bebanan dalam kepala saya dapat dikurangkan. kalau saya tidak menulis ia sentiasa bermain dalam kepala membuatkan saya sentiasa berfikir perkara yang sama. bila saya curahkan pada blog saya, beban itu berkurangan dan kekadang saya terasa kosong dan lap[ang fikiran.

kini saya merasa terdorong untuk menulis walaupun tulisan saya tidak sehebat penulis blog lain. saya akan terus menulis sehingga saya diiktiraf oleh pembaca blog sebagai penulis yang berjaya dalam penulisan.

mungkin peringkat awal penulisan saya ini agak longgar dan saya tidak mampu berbicara panjang, namun saya akan terus menulis dan membaiki penulisan saya ini sehingga saya dianggap berjaya.

apa yang penting dalam diri saya ini ada misi yang perlu saya lakukan untuk kebaikan bersama dan ia akan mendatangkan kepuasan dalam diri saya.

Sunday, April 11, 2010

mengenang seharian didunia

dari pagi tadi hingga mata dah mengantuk ni banyak pula kenangan yang datang dalam kepala ni bermain. tak senang hati pula terfikirkan apa yang telah dilakukan seharian tadi.

banyak ke dosa yang aku lakukan tadi. kepada siapa aku telah lakukan penganiayaan. matikah aku malam ini.

seharian aku hidup didunia ini adaka allah meredhai aku. aku menumpang hidup hanya berharap akan pemberian Nya. masihkah aku mendapat redha Nya walaupun aku dapat apa yang aku cari

banyaknya kerunsingan yang datang waktu mata hendak lelap. terasa takut nak tidur. bimbang ini kali terakhir mata ini melihat dunia ini. tak sempat nak melakukan kebaikan dalam dunia ini kalau aku pergi malam ini.

apa kah dosa dosa yang dilakukan siang tadi telah diampunkan Allah. malang betul jika masih tidak diampunkan Allah.

aku memohon kepada Allah ampunkan dosa yang aku lakukan seharian hidup didunia ini. jika aku lelapkan mata dan jika mata ini tidak lagi terbuka aku bersih dari dosa yang akan membawa aku ke neraka.

tersiksa aku disana. lebih dasyat lagi dari apa yang dirasai siksa didunia.

aku melelap mata dengan harapan esok akan ada lagi hari untuk aku memohon ampun kepada pencipta aku