Sunday, August 8, 2010

Nafsu

Dalam bulan Ramadhan hanya tinggal nafsu sahaja yang akan menggoda kita melakukan perkara mungkar. Tanpa kita sedari perkara mungkar masih lagi kita lakukan walau syaitan yang direjam telah dibelenggu oleh Allah.

Kita masih mampu melakukan dosa tanpa godaan dari syaitan. Kenapa nafsu tidak dibelenggu sama seperti syaitan yang Allah belenggu selama bulan Ramadhan. Hanya Allah saja yang maha Mengetahui. Apa yang pasti kita masih lagi akan berdepan dengan halangan dalam melakukan ibadat.

Rasulullah pernah bersabda selepas memenangi satu peperangan kita akan berdepan dengan satu lagi peperangan yang lebih besar iaitu perang dengan nafsu. Nafsu masih berada bersama kita walau dalam keadaan macam mana sekali pun.

Menjalankan ibadat puasa adalah kerana mengekang nafsu dari terus menggoda kita melakukan kemungkaran. Saya tidak ada ilmu memberi gambaran tentang nafsu namu yang pasti perbuatan kita yang menyalahi dengan hukum yang didorong melakukannya adalah perbuatan nafsu.

Ada kalanya peruatan kita tidak disedari melakukan kemungkaran kerana sebelum ini kita tidak memberi perhatian tentang hukummelarang kita melakukan kemungkaran tersebut. Walau kita tahu perbuatan kita itu adalah satu kemungkaran disebabkan kita tidak menghiraukan hukum Allah, maka perbuatan mungkar itu menjadi kebiasaan kita.

Oleh kerana kebiasaan kita melakukan mungkar kita tidak akan merasai selesa dengan ibadat puasa yang terpaksa kita lakukan yang banyak bertentangan dengan amalan biasa kita lakukan sebelum ini. Kita tidak selesa dengan sekatan dan larangan yang dikenakan kepada kita dan merasa susah menjalani kehidupan biasa kita.

Ramai masyarakat yang terbiasa dengan melanggar hukum yang diteapkan Allah gelisah dengan kehadiran Ramadhan.

Nafsu pada fahaman saya adalah kebiasaan amalan kita dalam kehidupan yang bertentangan dengan hukum Allah. Dorongan melakukan perbuatan bertentangan dengan larangan Allah menjadi sebati dengan amalan erterusan dilakukan tanpa ada batasan. Bila dipaksa melakukan perkara yang terbatas dan dengan terpaksa menuruti hukum Allah. Mereka menjadi gelisah dan memberontak mencari peluang untuk melanggar hukum yang terpaksa mereka ikut.

Jika mereka melanggar dan dapat ditangkap perbuatan itu, mereka akan didenda dengan hukuman didunia danmenunggu mereka hukuman seterusnya diakhirat nanti.

Nafsu ini dapat dilemahkan dengan berpusa dan menurut hukum yang Allah tentukan kepada setiap manusia. Jika manusia tidak mampu melakukan ibadat dat menurut hukum Allah ini maka mereka ini akan terjerumus dengan kehancuran hidup didunia ini digoda menurut kehendak nafsu dan kehadiran syaitan selepas Ramadhan ini akan memburukkan lagi kehidupan manusia ini.

Nafsu akan sentiasa berada bersama manusia tidak kita masa dan tempat. Hanya manusia yang beriman sahaja mampu mengurangkan godaan nafsu ini dari mengajak kita melakukan mungkar.

Berdepanlah dengan nafsu sebaiknya Ramadhan ini. Jangan jadikan nafsu sebagai pilihan perbuatan yang hendak kita lakukan. Jiak kita tidak mahu lakuakn dengan nekad nafsu tidak mampu menghalang dan menggoda kita. Amalakan perbuatan yang bertentangan dengan kebiasaan perbuatan yang diringi dengan nafsu.

Kenali betul betul nafsuini kerana ia adalah perbuatan kitan yang biasa kita lakuakan. Jika kita telah tinggalkan perbuatan yang melibatkan nafsu, maka nafsu tidak mampu bersama kita lagi. Perbuatan yang mungkar adalah perbuatan yang melibatkan nafsu dan syaitan.

Saturday, August 7, 2010

Perangai Buruk Peringkat Dalam Parti

Tidak ramai yang sedar bahawa punca kekalahan BN di Kelantan adalah kerakusan pihak pihak yang berada peringkat akar umbi. Mengambil peluang berpolitik untuk mendapat keuntungan yang mudah. Seperti semua tahu bahawa bila BN mengeluarkan belanja untuk menjayakan satu satu kerja untuk parti, maka ramailah yang bertepuk tangan kerana habuan akan datang untuk memenuhi poket masing masing.

Mereka lebih arif bagaimana menggunakan wang peruntukan yang akan diberi sebahagiannya akan masuk kedalam poket mereka. Inilah peluang yang ditunggu setiap kali peringkat pusat memberi peruntukan untuk menjalankan satu satu kerja.

Bayangkan jika sepuluh tang yang terpaksa dilalui untuk sampai kepada orang yang betul betul menjalankan tugas kalau setiap tangan menyeluk dalam kantung peruntukan untuk dimasukan kedalam poket masing masing. Berapa banyak yang akan sampai kepada petugas yang setia kepada kerja kerja parti.

Petugas petugas adalah akar umbi yang memberi amanat kepada pihak atas menjalankan tugas parti demi untuk kejayaan parti. Mereka ini adalah orang yang setia kepada parti kerana tidak ada agenda mendapat keuntungan dalam kerja kerja parti. Pihak ini tidak pandai mengambil kesempatan mengambil sebahagian peruntukan yang diberi untuk dimasukan kedalam poket.

Apa yang pasti kebanyakkan mereka ini adalah dari kalangan orang kampung yang dikira setia dengan perjuangan parti tanpa mengambil kira mengambil keuntungan dari perjuagan ini. Mereka memang setia dengan parti sehingga sanggup untuk memberi sokongan sepenuhnya.

Siapa yang menghancurkan perjuangan ini. Kenapa peringkat bawah ini tawar hati untuk meneruskan perjuangan seperti yang diharapkan. Peringkat bawah ini kecewa kerana peringkat atasan tidak memberi keikhlasan dalam perjuangan parti. Peringkat atas ini mengambil peluang atas kepercayaan dengan menjadikan kerja kerja parti sebagai medan mendapat keuntungan. Banyak peruntukan yang disalurkan tidak sepenuhnya sampai kepada peringkat bawah untuk menjalankan tugas tugas parti seperti sepatutnya.

Kalau seratus yang diperuntukan oleh peringkat tinggi parti, yang sampai kepada peringkat bawah ini tidak sampai 50 pun. Perutukan yang sepatutnya tidak mencukupi. Kerja banyak terbantut kerana perbelanjaan menjadi tidak lancar.

Peringkat bawah ini tidak tahu berapa peruntukan yang sebenar disalurkan kepada peringkat bawah. Apa yang menyebabkan peringkat bawah tidak puas hati kerana perbelanjaan yang diberi atau sisalur tidak munasabah dengan kerja. Seolah peringkat tinggi parti terlalu berkira memberi peruntukan kepada ahli parti bagi memberi sokongan kepada parti.

Ada juga yang mengeluarkan belanja sendiri kerana semangan kepartian yang berkobar untuk melihat kejayaan parti. Mereka sanggup mengeluarkan belanja sendiri kerana tidak mahu melihat parti mengalami kekalahan

Hakikat sebenarnya peringkat bawah ini tidak tahu bahawa peruntukan yang diberikan mencukupi tetapi telah disamun oleh perantara peringkat tinggi dan peringkat bawah ini. Mereka ini menggunakan kesempatan ini untuk mendapat keuntungan kerana peruntukan yang disalurkan itu besar.

Peringkat tengah ini menjadikan medan ini untuk mendapat kekayaan dengan mudah dan menampilkan diri sebagai seorang yang berjaya dan akan dihormati kerana mempunyai kekayaan dan kemewahan hasil pendapatan dari peruntukan parti.

Secara diam peringkat bawah akan menjauhkan diri kerana tidak berbaloi kerja yang dijalankan tepi peruntukan yang diberi hanya sedikit dan mungkin tidak mencukupi.

Inilah salah satu faktor besar kekalahan BN di Kelantan. Sehingga kini ramai petugas yang menjalankan tugas parti bukan dari kalangan yang sanggup bekerja keras kerana mereka yang mampu menjalankan tugas berkecil hati dengan tindakan pihak perantaraan ini.

Baik bekerja untuk PAS yang sudah tentu parti tidak mempunyai kewangan yang banyak dalam kerja kerja parti. Semua orang tahu PAS parti tidak banyak duit kalau nak dapat duit dalam kerja parti pergilah buat kerja untuk BN.

Sampai bila BN akan mendapat kemenangan. Itu belum dibincang pembesar peringkat negeri dengan perangai sombongnya. Tidak pandai mendekati rakyat. Hanya tahu menabur duit mengharap rakyat akan memberi sokongan kepada dia. Satu kesilapan yang besar.

Nak cari pemimpin pelapis perlu kepada katagori seorang yang mempunyai kewangan yang stabil atau orang kaya. Kaya tapi bodoh tak apa ia boleh diterima tapi jika tidak mempunyai kekayaan walaupun seorang yang cerdik tidak akan dilayan.

Dari sinilah terdorongnya mereka yang nak berada diatas mengambil kesempatan menyapu duit peruntukan yang lalu didepan mata sebagai persediaan untuk menjadi orang berpengaruh.

Tidak dibincangkan lagi perangai bodoh sombong pemimpin besar ini. Inilah faktor faktor kekalahan BN di Kelantan.

PM, Perantara,Rakyat

Ramai yang mempersoalkan keberkesanan formula satu Malaysia. Ramai yang menganggap stu Malaysia tidak berjaya kerana ramai rakyat Malaysia yang tidak faham dengan pendekatan satu Malaysia. Mengapa satu Malaysia tidak tercapai matlamat memberi kefahaman kepada rakyat. Dikana rosaknya perancangan ini. Siapa yang tidak bekerja untuk menjayakan konsep satu Malaysia.

Rakyat hanya tahu bahawa satu Malaysia hanyalah satu slogan yang biasa dicipta oleh setiap perdana menteri baru mentadbir negara. Dengan tidak membawa apa apa kepentingan kepada rakyat, rakyat hanya membiarkan begitu sahaja slogan itu berlegar dalam masyarakat.

Boleh dikatakan slogan ini tidak memberi kesan kepada rakyat apa lagi untuk difahami. Pandangan rakyat ini hanyalah tugas seorang perdana menteri bila mula memegang jawata mesti ada satu slogan yang dikira dicipta sendiri untuk menjadi tanda diri dan memberitahu rakyat bahawa beliau telah menjalankan tugas dengan slogan baru yang diciptanya.

Rakyat diminta sama sama memperjuangkan slogan yang diciptanya agar ia kelihatan berjaya dan disokong oleh rakyat Malaysia. Setiap masa akan disiarkan dalam siaran TV dan radio kerajaan juga media lain yang menyokong kerajaan.

Persepsi rakyat adalah suatu rutin dalam pemerentahan kerajaan. Sehingga sekarang rakyat tidak mendapat satu gambaran yang jelas apakah yang perdana menteri ingin perjuangkan untuk negara Malaysia ini. Setiap kali slogan ini dilancar banyaklah perbelanjaan yang digunakan untuk memastikan slogan ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat harapnya.

Adakah rakyat memberi respon yang membanggakan selama slogan ini dilancarkan. Kenapa tidak ramai rakyat yang faham apa yang hendak disampaikan oleh perdana menteri slogan yang diciptanya. Apa yang terjadi kini memberi gambaran bahawa rakyat tidak memandang serius tentang slogan yang dilncarkan oleh perdana menteri. Sampai kemana slogan ini. Apa akan terjadi untuk setahun lagi. Adakah PM akan menukar slogan baru yang lebih memeberi kejayaan untuk menarik sokongan rakyat sekaligus memahami pengertian yang hendak dibawa. Dalam masa yang sama kerajaan akan memperuntukkan perbelanjaan baru untuk menjayakannya. Atau PM akan meneruskan slogan yang ada sekarang dengan menambah perbelanjaan diperhebatkan lagi bagi memastikan rakyat faham dan dapat menerima dengan baik dan menyokong hasrat PM.

Semua itu berdepan dengan perbelanjaan besar. Seperti difahami perbelanjaan yang dikeluarkan adalah dari harta kerajaan yang hasilnya adalah cukai yang rakyat bayar. Berbaloikah perbelanjaan ini. Slogan yang tidak mencapai taget ditambah perbelanjaan untuk mencapainya ang mana belum pasti taget itu tercapai. Kepastiannya belanja akan dikeluarkan.

Dimana silap belanja telah dikeluarkan tetapi tidak mencapai sasaran. Kenapa idak mencapai sasaran. Perlu disiasat perkara ini kerana PM telah membelanjakan duit pembayar cukai dengan perbelanjaan yang mendatangkan kerugian.

Pemerhatian yang dibuat adalah perantaraan antara PM dengan rakyat. Mereka yang ditengah tengah yang menggagalkan usaha PM untuk memeberi maklumat kepada rakyat agar rakyat memahami slogan yang dilancarkan oleh PM.

Perantaraan rakyat dan PM tidak memainkan peranan hebat untuk menjalankan tugas yang diarahkan oleh PM. Mereka ini hanya bergerak dengan habuan. Habuan memainkan peranan penting. Habuan kurang maka kerja akan berjalan lambat atau mungkin tak sampai pun sasarannya.

PM telah memperuntukkan kepada perantaraan untuk membelanjakan bagi memberi kefahaman kepada rakyat dengan peruntukan secukupnya. Pihak perantaraan ini ramai diantara mereka yang hanya pandai memberi arahan bagi kerja kerja yang diarahkan. Arahan yang diterimanya akan diberi kepada perantara lain dan dia akan melepas tangan menunggu hasil. Setiap kali berpindah tangan peruntukan itu akan menjadi semakin kurang kerana sakunya akan dipenuhkan dulu.

Bila sampai kepada sasaran sebenar peruntukan telah menjadi kecil dan kerja yang sepatut dijalankan menjadi terbantut dan perlahan. Sasaran tidak tercapai pembaziran terus berlaku. Duit rakyat hilang begitu saja.
Seperti dikatakan diatas tadi jika PM ingin meneruskan usaha memberi kefahaman kepada rakyat maka perbelanjaan baru diperlukan. Begitulah seterusnya akan berlaku setiap kali peruntukan dikeluarkan sebahagian duit akan hilang dalam saku. Sebahagia lagi akan dibelanjakan dalam keadaan sukar.

Diut rakyat akan hilang setiap kali perbelanjaan dikeluarkan. Bila kerajaan tidak mempunyai kewangan yang cukup, kerajaan akan meminta dari rakyat lagi. Berlakulah penstrukturan semula subsidi seperti berlaku baru baru ini. Harga barang akan naik dan rakyat akan mengeluarkan belanja lebih bagi menampung kewangan kerajaan yang susut.

Ramai orang yang menjadi kaya dengan kejayaan mendapat peluang menarik keluar duit rakyat dari kantung kerajaan. Tak cukup mintak lagi dari rakyat.

Apa yang dapat dibanggakan rakyat hanya akan bersungut sekejap sahaja jika kerajaan meminta duit dari rakyat. Akhirnya rakyat mengeluarkan juga duit dari saku meberi kepada kerajaan untuk dibelanjakan seperti baisa.

Kerajaan mengistiharkan kepada rakyat ramai dikalangan rakyat Malaysia yang berjaya menjadi jutawan hasil dari perniagaan yang dijalankan kononnya.