Saturday, March 19, 2011

Bencana di Jepun

Dengar khabar rakyat Jepun mengalami kadaan yang sukar kerana radioaktif akan tersebar merata kawasan gempa. Ramai rakyatJepun mengalam serangan radiasi disebabkan loji nuklier pecah dan meletup.

Saya yakin rakyat Malaysia bersimpati dengan musibah yang melanda negara Jepun dan berdoa agar musibah ini dapat ditangani dengan baik dan ramai rakyat dapat diselamatkan.

Walau kita rakyat Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi tidak mustahil satu masa kita akan dilanda musibah yang seteruk ini. Siapa dapat sangka kerja Tuhan semua boleh berlaku.

Saya yakin kerajaan Jepun dapat menangani dengan baik dan kebijaksanaan yang mereka miliki dapat membantu menyelamatkan ramai rakyat Jepun dari terus terkorban.

Saya berdoa kepada Allah yang maha kuasa agar dengan kekuasaan dan keagungan Nya menolong rakyat Jepun menghadapi situasi yang sukar ini.

Friday, March 18, 2011

Kawan makan kawan

Banyak buat kebaikan pun bukan berakhir dengan kebaikan untuk kita. Akhir sekali kawan akan makan kita.

Untuk peringkat awal kita buat kerja dengan kawan dengan kejujuran yang penuh bagi mendapatkan kejayaan. Setelah mendapat atau hampir mendapat kejayaan kawan kita dah gelap mata nak bolot kejayaan seolah itu adalah kerja dia seorang.

Kita yang bertungkus lumus buat kerja secara jujur tidak lagi mendapat perhatian kawan kerana ada agenda lain yang akan dilakukan dan mendapat kebaikan untuk diri sendiri.

Kawan yang kita anggap akan susah dn senang bersama tidak lagi berpegang prinsip ini. Kita hanyalah sebagai batu loncatan untuk dia mencapai agenda atau penyelesaian masalah yag dihadapi mereka.

Kawan yang sesusah dengan dia tidak lagi mendapat simpati dan untuk mengecap kejayaan bersama tidak lagi menjadi impian. Kita ditinggalkan dan dianggap sebagai kegagalan usaha yang diusahakan selama ini. Kejayaan yang didapat tidak diberitahu hanya kegagalan yang diberitahu yang mana perlu ditanggung bersama kononnya.

Kawan tergamak lakukan perkara ini sedangkan kita sama susah. Paling menyedihkan lagi kita yang bantu waktu dia susah tidak lagi menjadi keutamaan untuk bersusah dan bersenang bersama.

Cukuplah kawan setakad ini kita berurusan. Kalau berkawan pun sekadar kawan biasa saja. Tidak mahu bermasam muka tapi tidak lagi berurusan. Sekadar berkawan biasa.

Sunday, March 6, 2011

Mengubah orang atau mengubah diri

Saya banyak mendengar kawan kawan dan orang tua menceritakan kepada saya tentang pengajian dimasjid mengajar bagaimana mengubah anak dan masyarakat yang liar dengan masjid. Tidak kurang juga masyarakat kurang atau tidak berminat dengan mengerjakan sembahyang.

Kebanyakan pengajian yang didengar adalah bagaimana mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada masjid atau mendakwah mereka dengan keindahan Islam.

Bagaimana dengan diri sendiri yang ada sekarang. Apa tahap yang dapat dibanggakan sehingga terdorong untuk mengajak orang mendekatui masjid dan mengerjakan sembahyang. Masyarakat sekarang lebih bijak dari dahulu. Mereka tahu melontar soalan balik kepada kita dengan maksud jangan ambil peduli dengan aktuiviti mereka.

Dalam persoalan ini kita sentiasa diajar bagaimana mendakwah orang, Kita tidak diajar bagaimana memperkuatkan diri menjalani kehidupan harian. Kita juga tidak diajar supaya lebih mendekatkan diri kita kepada Tuhan bila kita berdepan dengan masalah atau kerisauan.

Sama juga bila kita berdepan dengan kerisauan melihat anak muda semakin jauh dengan keimanan kita hanya lihat bagaimana hendak memulihkan anak muda dari semakin jauh meninggalkan sembahyang dan semakin tidak berminat menghadirkan diri ke masjid.

Bagaiman dengan diri kita. Kenapa kita tidak mengeratkan lagi hubuungan kita dengan Tuhan yang maha penyayang. Kenapa kita tidak perbanyakkan sembahyang sunat atau berzikir dan sebagainya demi untuk memohon kepada Allah agar dipulihkan hati anak muda ini.

Tidakkah Allah semakni sayang kepada hambanya yang banyak beribadat kepada Nya. Bukankah Allah akan memakbulkan doa hambanya yang memohon pertolongan dari Nya.

Kenapa kita tidak perbanyakkan ibadat bila semakin banyak masalah dan kerisauan berada didepan kita. Bagaimana Allah hendak membantu kita jika kita barjauh hati dari Nya dan tidak menjadi kesayangan Nya.

Bagi saya bila masalah datang kepada kita berdepanlah dengan Allah dulu. Sembahyang dan banyakkan memuji Nya kemudian berdoa agar dibantu kita dalam menghadapi masalah didepan kita. Bukankah itu yang terbaik untuk kita lakukan. Lepas itu kita hendak mendekati anak muda lakukanlah dengan pertolongan Allah.

Saya mengambil contoh seorang ustaz yang mengajar di masjid menceritakan tentang anak anak zaman sekarang tidak mengenang budi orang tua yang membesarkan mereka. Lebih memburukan anak anak bila mereka membesar tidak membantu orang tua mereka dan mengabaikan mereka sehingga kehidupan orang tua mereka terabai juga ada yang hidup melarat.

Persoalan ini akan menambahkan kecewa ibubapa kepada anak mereka yang tidak membantu mereka ketika mereka telah tua dan tidak mampu melakukan kerja untuk menyara hidup. Perbincangan untaz ini mungkin akan mencetuskan kemarahan ibubapa kepada anak dan mungkin akan membawa kepada ibubapa tidak rela anak mereka melakukan begitu kepada mereka dan kebencian ini akan membawa ibubapa yang mendoakan keburukan menimpa anak mereka atau mungkin akan membewa pergaduhan antara ibubapa dan anak mereka.

Perkara ini membawa keburukan. Sepatutnya ustaz tadi mengajar orang tua yang datang kemasjid mendengar pengajian agar lebih mendekati diri kepada Tuhan berlapang dada mendoakan kesejahteraan anak dalam kehidupan mereka.

Apa yang penting sekarang adalah semakin kita dalam kesusahan atau kerisauan, semakin kuat kita beribadat dan menghambakan diri kita kepada Allah yang maha penyayang agar doa kita dimakbulkan Allah juga terselamat kita dari kerisauan yang ada dalam diri kita.

Ubahlah diri kita dahulu sebelum mengubah orang lain.