Monday, March 21, 2011

Bahagi sama rata

Nak selesaikan masalah orang bukan senang kalau tak kena dengan cara. Ikut cakap A nanti B pulak yang tidak puas hati. Masing masing nak dapat kepuasan masing masing.

Saya tak tahu nak buat macam mana kerana ramai yang nak dijaga hati. Ada juga nak dapat penuh dan sebelah pihak lain nak merasa jugak habuan yang dapat. Suruh tunggu untuk habuan akan datang tak nak tunggu kerana kira nak merasa juga.

Orang sepatut mendapat habuan penuh tak puas hati kerana dia sepatutnya didahulukan kerana dikira lebih mustahak. Sekarang dah bermasam muka kerana tak puas hati dengan keputusan yang aku buat. Terpaksalah aku mereka cerita bagi menenangkan keadaan dan tidak timbul rasa tidak puas hati sangat.

Kalau diikutkan semua aku tak nak bagi kerana akan menimbulkan kekecohan bila masing berkeras untuk mendapat bahagian yang dijanjikan.

Sunday, March 20, 2011

Teknologi ICT untuk IPT

Hari ini aku bincang dengan pengarah sebuah IPT untuk membawa teknologi ICT masuk dalam IPT tesebut. Pengarah setuju untuk membawa perkara ini kedepan demi kebaikan pelajar.

Aku memberitahu beliau akan memasukkan teknologi ICT yang termampu aku lakukan untuk menyediakan kemudahan pengajian pelajar dan membantu pelajar mendapat maklumat pengajian dalam bidang masing masing tanpa memerlukan perbelanjaan tinggi.

Aku katakan bahawa pelajar perlu berkorban untuk membewa teknologi masuk dengan berpakat membayar harga teknologi tersebut. Pihak aku akan membantu menyediakan teknologi tersebut agar dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

Walau perbelanjan ini melibatkan perbelanjaan tapi perbelanjaan yang dikeluarkan tidak tinggi dan pelajar mampu belanja untuk mendapat kemudahan.

Peranan aku akan menjadikan IPT ini sebagai tempat tumpah teknologi ICT. Banyak kebaikan yang aku sediakan dan terangkan kepada pengarah. Untuk peringkat awal pengarah bersetuju untuk terukan perbincangan dengan lebih mendalam.

Apa yang penting pelajar akan mendapat manfaat dan IPT ini mendapat teknologi yang akan digunakan oleh ramai pelajar untuk masa depan.

Saturday, March 19, 2011

Dikir barat

Aku berbual dengan kawan aku tentang perembangan dikir barat di kelantan. Aku tidak pernah bincang perkembangan dikir barat sebelum ini jadi tidak banyak berita semasa yang aku tahu tentang dikir barat.

Mereka berpendapat dikir barat semakin pudar kerana tidak ramai penonton berminat menonton dikir barat sekarang. Tidak dapat dikatakan secara tepat sebab utama dikir barat ini semakin erpinggir dari masyarakat Kelantan khususnya.

Kebanyakan anjuran dikir barat tidak mendapat sambutan hangat sehingga melebihi dua ribu orang untuk satu pertunjukan. Ada satu pendapat ada penganjur yang menipu penonton dengan nama jemputan yang akan berdikir dari pendikir yang hebat dan tersohor. Namun bila sampai hari persembahan pendikir tadi tidak muncul.

Ada juga yang berpendapat pendikir sekarang telah lari dari konsep asal pendikiran. Pendikir hanya berdikir mengikir sedap atau alakan pendengar. Tidak lagi berdikir mengikut konsep asal.

Banyak lagi sebab yang ada. Saya akan menyusul lagi sebab yang ada.