Tuesday, March 22, 2011

Berundur untuk maju

Sepanjang saya bersama pemimpin UMNO di kawasan saya, banyak perbezaan yang dapat saya lihat jika dibandingkan dengan pemimpin PAS. Saya ingin membawa perbincangan politik ini untuk melihat kekuatan UMNO dalam percaturan politik masa kini.

Walau setiap kali kita lihat kehadiran yang datang dalam program anjuran UMNO namun semua tahu bahawa kehadiran itu hanya lah gimik dan paksaan. Kehadiran ini diwajibkan. Jika tidak hadir tindakan akan dikenakan keatas individu tersebut.

Kehadiran yang dipaksa ini adalah kerana untuk memeriahkan anjuran yang dibuat bagi menutup mata dan menyedapkan hati menteri atau pemimpin atasan melihat kehadiran penyokong. Melihat kehadiran yang ramai ini dapatlah ditafsirkan bahawa kawasan ini mendapat sokongan rakyat.

Rakyat yang hadir ini mestilah diberi habuan dan pengangkutan untuk memudahkan kehadiran rakyat dalam program yang dianjurkan. Ini bagi memastikan kehadiran yang dirancang.

Dapat ditafsirkan bahawa sokongan yang dilihat adalah kosong belaka kerana kehadiran rakyat adalah bukan kerelaan hati ianya paksaan dengan ugutan.

Bagaimana UMNO dapat pemerentahan kerana memaksa rakyat dengan pelbagai ugutan. Rakyat yang lemah terpaksa mengikut namun dalam hati memarahi tindakan ini. Jika beginilah perasaan rakyat, dapat kita agak bagaimana sokongan bila musim pilhanraya nanti.

Sampai bila UMNO harus bersikap begini dalam menarik sokongan rakyat. Tidak bolehkah bersikap jujur walau pun ia perit. Bagi saya PAS telah lama melalui keadaan ini terus berusaha walau perit menempuhnya.

Pemimpin UMNO harus bermula dari bawah semula memberi keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO juga ada yang bersikap jujur dalam membela rakyat. Seterusnya semua pemimpin UMNO mestilah berubah.

Jenerasi baru dalam UMNO mestilah mengubah bentuk perjuangan kepada lebih jujur membela rakyat dan negara.

Monday, March 21, 2011

Reka atau betul

Banyak sangat cerita Anuar ni. Aku pun dah tak faham dengan pendedahan yang dibuat. Kadang kadang kalau banyak sangat ada yang tidak kena ni. Tentu yang lepas tidak menjadi.

Kalau betul cerita ini bermakna banyak sangat cerita Anuar yang orang tahu dan dia sedang diperhatikan. Mungkin Anuar tahu dia diperhatikan kenapa buat jugak.

Anuar didedah dengan banyak cerita cerita yang memalukan oleh pemerhati. Mungkin terlalu ramai pemerhati yang mengikuti Anuar kemana saja Anuar pergi.

Anuar tahu atau tidak dia sedang diikuti dan diperhati aktiviti yang dilakukan dalam negeri dan luar negeri. Kenapa dia buat juga. Rasanya tak sebodoh itu Anuar.

Ketagih sangat ke Anuar dengan sex luar tabie. Teruknya kalau betul. Berapa lama pulak Anuar perlu ambil masa untuk membersihkan nama dia seperti yang berlaku dengan kes mahkamah yang sedang dibicara.

Gembirakah Anuar dengan pendedahan ini sehingga tidak takut dengan pemerhati dia yang akan merakam apa saja kegiatan jahat dan tidak bermoral.

Tak tahulah Anuar ni banyak sangat cerita. Lama pulak tu ambil masa menafikan dan bersihkan diri.

Pilihanraya di Sarawak

Dun Sarawak telah dibubarkan hari ini. Satu lagi episod pilihanraya akan berlansung tidak lama lagi. Banyak berita politik akan tersebar disemua media. Kita boleh melihat bagaimana perkembangan pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pilihanraya kali ini dijangka sengit dan banyak perkara yang akan timbul bagi menarik pengundi mengundi parti yang bertanding.

Banyak juga cerita cerita yang akan disebarkan akan menjadi berita hangat . pertimbangan pengundi akan dicabar dengan syarahan politik menjelang pilihanraya nanti.

Tidak kita apa saja berita yang dibawa, semua itu memerlukan pertimbangan yang wajar dari pengundi. Harapan semua pengundi agar tidak ada perkara buruk berlaku kerana dunia sekarang dilanda angin perubahan. Tidak ada yang akan terpengaruh dengan tindakan diluar batasan sepertimana berlaku diluar negara.

Selamat mengundi.