Wednesday, April 13, 2011

Perangai buruk

Sudah melampau kalau sampai kencing ke muka isteri. Kalau dah benci sekali pun jangan sampai melepaskan najis kemuka orang. Ini kerja orang tidak bertamadun.

Mana muka anak anak nak letak dengan perangai bapa begini. Tak ada peri kemanusiaan lansung. Isteri inilah yang memberi kita makan sehari hari. Memasak untuk kita. Tak ada kenang lansung. Kalau benci sekali pun tindakan ini tidak wajar bagi seorang waras

Kalau beginilah perangai suami tak tinggal bersama pun tak apa. Buat menyusahkan saja. Tak pandai nak memberi kasih kepada orang yang menyayangi kita.

Jangan ada nak yang mewarisi perangai begini. Buruk benar.

Tulisan blogger

Kalau kita membaca tulisan blogger yang kita ikuti, kita dapat gambaran bagaimana blogger ini berfikir. Tulisan mereka mempengaruhi kita berfikir mengikit cara mereka berfikir.

Banyak blogger tidak memberi satu pandangan yang boleh memberi keharmonian dalam pembacaan. Tulisan yang banyak memberi gambaran keburukan orang lain akan memberi satu pengaruh kepada pembaca bila pembaca membaca tulisan mereka.

Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana banyak pembaca yang terpengaruh dengan corak penulisan memberi situasi kepada pembaca bersetuju dengan penulis blog walau tulisan itu salah etikanya.

Blogger mamapu menyalurkan satu imej salah dalam pemahaman penulisan untuk dibaca oleh pembaca.

Cuba kita baca tulisan blog yang sentiasa kita ikuti. Ada yang menulis supaya kita percaya dengan tulisan mereka.

Berhati hati mengikuti tulisan blogger kerana banyak blogger yang pandai membawa cerita yang tidak patut dibaca.

Pengaruh blogger

Kalau nak dikira berhujah macam macam boleh kita katakan. sama ada hujah kita itu dapat diterima atau tidak bukan tujuannya. Apa yang penting seramai mana pembaca menerima hujah yang dikemukakan.

Banyak yang saya baca dalam blogger memberi huajg masing masing. Ada yang dapat saya terima tapi banyak juga yang tidak saya faham apa yang hendak dikatakan kerana penulisan yang dibuat lebih kepada maki hamun. Tak bersopan.