Saturday, June 4, 2011

Satu cerita rekaan untuk dibaca

Telah kelihatan satu perjalanan cerita yang bersambung dengan satu cerita awal dan berterusan. Pertama kita diberitahu ada seorang yang bermimpi kononnya melihat Anuar mendapat kemalangan yang diada adakan. Siap dengan pesanan bahawa Anuar akan mencipta cerita bahawa dia cuba dibunuh.

Orang yang bermimpi ini memberi amaran bahawa Anuar akan melakukan satu penipuan baru mengatakan dia dirancang untuk dibunuh. Bertujuan untuk menjahatkan BN.

Sepertimana berlaku kereta Anuar dirosakkan supaya beliau mendapat kemalangan dan mungkin akan terbunuh.

Satu lagi berita terbaru mengatakan anak Anuar YB Nurul Izzah mendapat pesanan SMS berupa ugutan supaya meninggalkan perjuangan ayahnya bagi mengelak berlaku mudarat kepada anak dan keluarganya.

Ini kelihatan cerita dalam cerita. Orang yang bermimpi memberitahu Anuar akan mencipta cerita komplot membunuhnya. Selepas seketika tersebar cerita percubaan mendatangkan kemalangan kepada Anuar. Seterusnya ugutan kepada Izzah.

Bagi mengelakkan apa yang berlaku kepada Anuar ini ditafsirkan kerja pendokong BN, awal awal lagi diberitahu cerita mimpi bahawa Anuar akan mencipta satu cerita gempar.

Bagi memeberi maksud bahawa jika apa apa berlaku kepada Anuar bermakna itu satu lakonan Anuar bagi menunjukkan bahaga diri beliau dirancang untuk dibunuh.

Tidak dapat dipastikan orang yang bermimpi ini seoang yang ulamak atau apa kerada mendapat bayangan tindakan yang akan dilakukan oleh Anuar.

Diperhatika bahawa erita ini kelihatan versi baru penentangan terhadap Anuar. Versi ini semakin ganas kerana melibatkan tubuh badan Anuar dan mungkin akan membawa kematian. Kelihatan versi ini sampai kepada kemuncak penentangan.

Dibimbangi keadaan akan lebih teruk lagi dengan jenayah yang akan berlaku kepada keluarga Anuar.

Sebelum ini Anuar ditentang dengan menjatuhkan maruah dan memberi satu persepsi yang amat buruk tentang moral Anuar. Namun tentangan ini tidak memberi kejayaan yang diharapkan.

Kita boleh melihat penggerak dibelakang tentangan ini tetapi kia masih tidak ada bukti kukuh bagi menuduh. Perkara ini akan terbongkar jua nanti kerana kesilapan besar akan berlaku melihat kepda tentangan mereka ini sudah hampir kepada kemuncak.

Jika Anuar melepasi tentangan kemuncak ini maka Anuar akan selamat dari jenayah yang dirancang untuk menghapuskan Anuar. Kalau tida kematian Anuar paling tidak pun Anuar dicerderakan sehingga kehilangan upaya untuk aktif dalam politik.

Anuar perlu berhati hati dan menumpukan perhatian kepada tindakan musuh ini kerana tindakan mereka telah terdesak. Mereka telah kesuntukan masa kerana musim PRU akan tiba.

Dilihat persiapan mereka dalam keadaan kucar kacir dan lemah. Mereka tidak dapat terima keadaan ini kerana ini tidak pernah terlintasa difikiran mereka bakal mengalami kekalahan, mungkin paling teruk dalam sejarah mereka.

Umum tela tahu bahawa sokongan semakin kuat, namun Anuar perlu perhatikan sekeliling bahawa bahaya akan datang bila bila masa. Mereka akan lakukan dengan apa jua cara bagi menyekat kemaraan Anuar.

Sasaran mereka bukan ramai hanya Anuar seorang saja. Tumbang Anuar ikata PR dijangka akan longgar. Sasaran Anuar amat diharapkan akan berhasil.

Bacaan saya situasi politik mereka dalam keadaan tenat dan terdesak.

PAS mempunyai ahli yang sama peranan

Kepimpinan ulama tidak akan terhakis sama sekali. PAS mempunyai majlis syura dan mursyidul am mempunyai peranan yang penting dalam menjaga perjalanan PAS selaras dengan peranan Islam.

Tidak timbul PAS sudah ketepikan peranan ulama dalam pentadbiran parti. Bagi mereka yang tidak faham atau mereka yang sengaja memberi kefahaman yang salah kepada masyarakat sengaja berbuat begini untuk kelirukan kefahaman.

PAS mempunyai satu bahagian yang mengawal perjalanan pentadbiran parti yang hanya dipegang oleh ulama sahaja. Ulama ini yang akan menentukan perjalanan pentadbiran parti sekali gus memberi nasihat dan teguran.

Walau PAS ditadbir oleh golongan bukan ulama, golongan ini tidak jauh dengan peranan ulama keranan mempunyai tarbiah yang cukup. Mereka ini golongan yang tahan uji dan berkarisma.

Gandingan mantap

Gembira melihat perubahan yang berlaku dalam muktamar PAS. Perubahan yang berlaku amat ketara. Perubahan yang membawa kepada kemajuan.

Saya cukup yakin PAS akan berada didepan dalam menerajui kepimpinan politik di Malaysia. Saya percaya masa yang terdekat nanti kita akan melihat PAS akan bergerak dengan penuh keyakinan seperti yang dikehendaki oleh parti.

Rakyat akan melihat PAS sebagai sebuah parti yang disegani. Parti yang akan memeberi seribu manfaat dan kebajikan kepada rakyat.

Bersyukurlah kerana kita mampu melihat kehebatan PAS dalam persada politik tanah air. Kepimpinan yang baru ini akan mampu memberi satu saingan dalam merebut pemerentahan Malaysia.

Walau kita tidak yakin PAS tidak akan mampu bergerak sendiri tanpa bersama dengan Pakatan, tapi dengan dengan bergerak seiringan dengan Pakatan Rakyat akan membawa seribu makna dan kejayaan untuk ahli PAS.

Syabas kepada kepimpinan baru