Saturday, October 8, 2011

Orang pencen berubah arah

Saya cukup tertarik dengan cerita ramai pesara tinggalkan BN kerana sedar mereka selama ini banyak membazirkan tenaga menyokong parti yang banyak sandiwara.

Bagi mereka yang pernah menjawab jawatan tinggi dalam kerajaan tentu akan tahu bila saya kata mereka banyak sandiwara ketika menjawat jawatan dalam kerajaan dulu. Banyak urusan kerja yang diterjemahkan dalam urusan parti. 

Penglibatan saya dengan penjawat awam ini banyak memeberi gambaran jelas bahawa mereka ini diberi tugas sampingan dengan tugasan parti. Walau mereka sibuk dengan tugasan harian tapi mereka tetap diminta menjalanka dan menghadiri program dianjurkan parti.

Malang sekali kata mereka ini jika penjawat awam tidak terlibat program yang dianjurkan oleh parti BN tidak akan berjaya. Banyak program akan dibatalkan kerana tidak ada sokonga dari rakyat. Sebab itulah kebanyakkan program yang dianjurkan penjawat awam dimestikan dan dipaksa hadir.

Diberitahu jika tidak hadir atau mengingkari arahan jawatan yang dipegang dan tempat kerja akan tergugat. Seperti diketahui penjawat awam ini akan panas punggung kerana diugut akan ditukarkan ke kawasan pendalaman.

Masa yang paling sesuai sekali untuk menunjukkan semangan sebenar dalam jiwa penjawat awam adalah setelah pencen. Waktu itu tidak lagi aa ugutan dari orang atasan dan orang politik yang kurang sokongan. 

Waktu ini mereka merasakan bebas memilih parti dan perjuangan yang mereka redha. Penjawat awam pencen ini tidak lagi memilih untuk bersama kerajaan sebagai meneruskan perjuangan parti. 

Saya mengajak pembaca agar memerhatikan perubahan yang akan berlaku naanti dalam musim PR13 nanti. Kita akan lihat ramai penjawat awam yang telah pencen akan terlibat perjuangan parti pembangkang.

Sama samalah kita mengubah negara kita kepada era baru dan lebih cenderung memajukan negara berkebajikan.

Najib semakin sejuk

Ada sesuatu yang menghairankan saya tentang Datuk Seri Najib. Dulu dia begitu ghairah perjuangkan ketuanan Melayu diMalaysia ini sehingga dia mengangkat keris dan mengajak menentang cina kerana marahkan cina waktu itu.

Najib kelihat sebagai seorang pejuang melayu yang pantang dicabar kerana menghina melayu. Najib kelihatan begitu garang dan hebat dengan keris ditangan dan kehebatan beliau berhujah di perhimpunan. Waktu itu beliau mengetuai barisan pemuda Umno.

Malang sekali jika dilihat sekarang Najib telah hilang taring kehebatan beliau. Beliau tidak lagi garang dipersada politik dengan hujah hujah yang hebat. suatu masa dulu saya tertarik dengan hujahan dan kelantangan suara memeberi semangat kepada pemuda berjuang untuk melayu.

Sememangnya waktu itu jangan ada sesiapa yang berani mengusik melayu kerana Najib adalah orang yang akan menentang habis habisan. Anak muda melayu hebat dibawah pimpinan Najib waktu itu.

Najib telah menjadi sejuk dan banyak tersenyum dan tidak ada jawapan kental dari beliau dengan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang. Beliau lebih suka berdiam diri dari memberi respon kepada pembangkang. 

Kita juga tahu berapa banyak cerita yang tersebar untuk menjatuhkan kepimpinan beliau, tapi kebanyakkannya Najib berdiam diri seperti tidak ada perkara mengaibkan berlaku kepada beliau.

Mengapa Najib bersikap seolah beliau tidak lagi garang dalam arena politik setelah menjawat sebagai Perdana Menteri. Adakah najib lebih bersikap penyabar sekarang berbanding waktu pemuda dulu. Atau najib telah dilakukan sesuatu dengan penonjolan isteri beliau yang kelihatan mengimbangi pemerentahan beliau.

Saya tidak dapat menunjukkan keyakinan dengan kehebatan Najib dalam menerajui pemerentahan negara kerana banyak kelakuan Najib tidak membara lagi. Najib terlalu sejuk. Banyak tersenyum dan sikap berdiam diri memberi gambaran bahawa najib telah ditundukkan.

Saya melihat najib dikalahkan oleh sesaorang yang ingin mengimbangi pemerentahan beliau. Najib tidak lagi bebas dalam melakukan keputusan pemerentahan seperti dilihat oleh Perdana Menteri lain.

Betulkah begitu. Cukup malang jika benar seperti diperkatakan. Najib perlu lari dari kongkongan itu. Najib perlu bebas dengan jawatan yang dipegangnya.

Maafkan saya Datuk Seri saya bersimpati.

Thursday, October 6, 2011

Sangsi dengan keputusan hakim

Keputusan kehakiman yang telah dibuat semalam bukan satu yang mengejutkan. Ramai rakyat Malaysia dapat membaca keputusan hakim sepertimana yang tersiar. Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia juga tidak rasa terkejut dengan keputusan itu.

Bagaimana dapat dibayangkan jika betullah PM dan Isteri dipanggil mahkamah sebagai saksi. Mungkin banyak rahsia yang akan terbongkar nanti. Saya berasa sangat yakin dengan keputusan hakim tidak memberi kelulusan untuk memanggil PM dan Isteri.

Perkara paling penting sekali adalah soalan yang akan ditanya oleh peguambela akan menakutkan mereka berdua ini. Saya juga dapat bayangkan bagaimana reaksi mereka berdua ini jika diasak dengan soalan akan membuka satu suasana yang cukup ngeri.

Kini semakin ramai rakyat merasa sangsi dengan keputusan hakim lebih memihak kepada menutup cerita dikira bakal terbongkar jika mereka berdua ini diminta hadir ke mahkamah.

Sama samalah kita tunggu dengan rayuan untuk meminta dibenarkan PM dan isteri hadir ke mahkamah. 

Saya yakin kebenaran akan terbongkar juga walau dengan apa cara sekali pun halangan mereka lakukan.